Luna Maya

Wanita yang dibantai suami hingga koma kini bakal bersalin, adik dedah risiko2 perlu diterima

Kisah seorang wanita yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada  pertengahan tahun ini dimaklumkan bakal melahirkan zuriat pertamanya tidak lama lagi.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Jahidah Nordin yang kini berada dibawah jagaan keluarganya  telah mengalami kecederaan  serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.

Menerusi TikTok adik kepada wanita itu, kakaknya sedang menanti hari untuk bersalin selepas kandungannya mencecah usia 9 bulan.

Namun, dalam perkongsian terbaru @zaihzara15, mereka sekeluarga berasa hiba selepas doktor memaklumkan beberapa kemungkinan yang akan terjadi ketika kakaknya bersalin nanti.

Menerusi kapysen yang disertakan @ziahzara15, dia menyatakan yang ada beberapa risiko yang perlu ditanggung seperti respiratory distress, pendarahan, cardiac arrest dan juga kematian.

Wanita yang dibantai suami hingga koma kini bakal bersalin, adik dedah risiko2 perlu diterima

Pastinya berita itu membuatkan mereka berasa risau kerana tidak lama lagi tarikh Jahidah akan melahirkan akan tiba. Setakat ini, adiknya kerap memuat naik perkembangan terkini wanita tersebut yang masih lagi separa sedar dengan kondisi terbaring sahaja di atas katil.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar urusan Jahidah dipermudahkan dan berharap agar keajaiban berlaku supaya dia sihat seperti sedia kala.

Mereka juga turut meminta ahli keluarga terus kuat menempuhi dugaan hebat ini dan reda dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Tonton Video di bawah Part 1 hingga 3 :

 

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Kredit: Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: TikTok @ziahzara15

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *