Beberapa hari yang lalu, usahawan kosmetik Eka Ekora bersama suaminya didakwa di Mahkamah Majistret atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya.
Anaknya, Puteri Ayu yang mendakwa dirinya telah dikasari oleh ibu serta bapa tirinya berpunca dari status Whatsapp yang dimuatnaiknya berkenaan harta.
Baru-baru ini menerusi Facebook Live, anak perempuannya itu berkongsi cerita bahawa sebelum memukul dirinya si ibu pernah mempuat laporan polis.
Ianya terhadap dirinya selepas kehilangan wang tunai berjumlah RM10 ribu.
Bagaimanapun, gadis itu menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya dan menjelaskan kad bank yang dipinjam daripada bapa tirinya hanya digunakan unruk perniagaan.
Bukan itu sahaja, gadis itu turut mendedahkan bahawa kemesraan yang dipamerkan di media sosial hanya sekadar lakonan semata-mata.
Lebih-lebih lagi apabila Puteri mengakui sering rasa terkongkong dan terhina dengan layanan si ibu yang suka melebihkan orang lain.
Sementara itu, menerusi coretan di laman Facebook miliknya, gadis itu menegaskan tidak berniat untuk mengaibkan ibunya.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Ini Semua Ujian
Semoga Kakak Terus Kuat
Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu
Semoga Keadaan Akan Terus Pulih
Tetapi sebagai seorang anak, dia hanya mendambakan kasih-sayang daripada seorang ibu.
Malah, gadis berkenaan turut mendoakan agar pintu hati ibunya dibuka untuk menerima hidayah Allah suatu hari nanti..
Sblm DipvkuI, Gadis Dedah lbu Awal² Lagi Telah Buat Laporan PoIis Berkenaan Anak Cvri Duit RM10K pic.twitter.com/Y6geWW4QdT
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) June 20, 2021
Sumber: TikTok Nor Azny Aisy, Facebook Puteri Ayu