Luna Maya

Video Setelah Rugi Pelaburan, Kini Ditinggalkan Bakal Isteri dan Perkahwinan Dibatalkan Terus Hilang Pertimbangan

Di saat kegawatan kerana pandemik, kerugian wang ringgit pastinya menjadi tamparan yang dahsyat buat seseorang.

Apatah lagi jika wang simpanan yang dikumpul sekian lama hilang begitu sahaja dalam pelaburan yang diharapkan mendatangkan pulangan lumayan. Pelaburan sememangnya memerlukan ilmu yang tinggi, kerana jika tersilap langkah, boleh jatuh terduduk di kemudian hari.

Itulah hakikat pahit terpaksa dihadapi seorang pemuda dipercayai di Indonesia selepas kerugian berjuta-juta rupiah setelah menyertai pelaburan kripto.

LIHAT VIDEO DI BAWAH SEKALI

Lapor Merdeka.com, lelaki itu telah menggunakan wang simpanan nikahnya untuk pelaburan berkenaan sebelum mengalami kerugian besar.

Bagai jatuh ditimpa tangga, calon isterinya juga telah memutuskan untuk meninggalkan lelaki tersebut, membuatkan pernikahan mereka terpaksa dibatalkan.

Kisah pilu itu telah dikongsikan rakannya di media sosial sebelum menjadi tular.

“Kawan saya baru kehilangan puluhan juta kerana Crypto. Padahal itu wang untuk modal dia berkahwin,” tulis rakan lelaki tersebut seperti dipetik Merdeka.com.

“Sampai kadang bersembang sendiri depan cermin. Diajak makan atau keluar pejabat juga tidak mahu, tetap diam saja di sudut begini,” tulisnya.

Dalam rakaman dikongsikan portal berkenaan, kelihatan lelaki berkenaan termenung sendirian di suatu sudut sambil menongkat kepalanya. Dia juga dilihat meniarap di sebalik pintu sebelum menolak dan menarik pintu tersebut di samping ‘bercakap’ sendiri di hadapan cermin.

Setelah Rugi Pelaburan, Kini Ditinggalkan Bakal Isteri dan Perkahwinan Dibatalkan Terus Hilang Pertimbangan

Setelah Rugi Pelaburan, Kini Ditinggalkan Bakal Isteri dan Perkahwinan Dibatalkan Terus Hilang Pertimbangan

Setelah Rugi Pelaburan, Kini Ditinggalkan Bakal Isteri dan Perkahwinan Dibatalkan Terus Hilang Pertimbangan

Setelah Rugi Pelaburan, Kini Ditinggalkan Bakal Isteri dan Perkahwinan Dibatalkan Terus Hilang Pertimbangan

Antara Komen Netizen 

Untuk Tontonan Video KLIK SINI

Sumber: Merdeka.comSahabat Surga

via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *