Luna Maya

(Video) “Dah Off, Kenapa Bunyi,” Wanita Dakwa ‘Cactus’ Viral Ini Tiba-Tiba Berjoget Jam 3 Pagi

Siapa yang tak cuak apabila terjaga dari tidur mainan bergerak secara tiba-tiba?Meremang bulu roma kalau tetiba bunyi benda pelik-pelik, apatah lagi ketika berada berseorangan di rumah.

Itulah pengalaman  yang dialami oleh seorang gadis ini mendakwa apabila dia terjaga dari lena pada pukul 3 pagi, dia mendapati mainan kaktus berjoget tersebut tiba-tiba berbunyi walaupun sudah tutup suisnya.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

Perkongsian misteri ini dikongsikan menerusi laman Tiktoknya Mysaralyaa mengenai pengalamannya meraih lebih 39 ribu tanda suka.

“Terlelap tido pahtu bunyi, dah off tapi kenape bunyi seram, 3 pagi kut?”

Katanya lagi, dia terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi bising daripada mainan tersebut. Ya, ini memang kejadian menyeramkan dan menakutkan ramai orang.

Rata-rata orang ramai juga berasa seram dengan situasi yang dialami gadis ini.

“Aku sorang je kot takut benda ni”

(Video)

“Tak berminat sebab mesti akan ade jadi macam ni”

(Video)

“Takut malam-malam dia mengilai”

(Video)

“sebab tu aku takkan beli benda macam tu”

(Video)

Antara Komen Netizen yg Menarik Perhatian

Kelip kelip ku sangka api, kalau api mana puntung nya..

hilang ghaib ku sangka mati, kalau mati mana kubur nya

orkid viral ku sangka diam, pukul 3 pagi bejoget joget

Memang pantang ada benda baru sikit,mula lah ada konspirasi. Elok jangan simpan benda ni kt rumah anda,banyak buruk dari baiknya. Yang rasa nak buang tu boleh pm,sy bagi alamat. Tq

Walker anak saya pernah bunyi sendiri 2, 3 kali..ambik simpan dlm stor pun kadang2 bunyi sendiri..time tk guna ja bunyi..time guna tk bunyi pulak..last2 cabut bateri buang..husnuzon technical problem

Walaubagaimana pun video asal yg di upload di tiktok tersebut telah di ‘private’ oleh pemiliknya. Anda boleh lihat video tersebut di bawah. Apa pendapat anda?

Sumber: Mysaralysaa via siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.