Individu mana yang tidak terkejut apabila melihat sesuatu objek yang terapung di tengah laut.
Dan sudah pasti perasaan ingin tahu muncul untuk mengenal pasti objek tersebut.
Ini lebih-lebih lagi apabila objek yang terapung itu bergerak-gerak seperti sedang mencari kawasan yang lebih selamat.
Inilah yang berlaku kepada seorang anggota tentera laut apabila dia secara tidak sengaja telah terpandang satu objek hitam yang bergerak.
Dengan oerasaan ingin tahu, dia menghampiri objek tersebut, dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek itu merupakan seorang budak yang terapung.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Kalau 3 Jam kat Laut tu Macam 3 Hari
Sampai Hati Kawan Tolak Kau Dik..
Ni Kes Aniaya dah Ni
Harus Ajar Anak Berenang Dari Kecil
Menerusi laporan Detik News, Kapal Perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut, KRI Sembilang-850 berjaya menyelamatkan seorang remaja yang ditemukan di tengah laut Pulau Laki, Kepulauan Seribu, Jakarta sewaktu melakukan rondaan harian, Jumaat lalu.
Difahamkan, remaja berusia 14 tahun itu merupakan mangsa yang terjatuh daripada sebuah kapal menuju ke Pulau Harapan.
Kapal perang tersebut mengesan satu objek lebih kurang 100 meter daripada kapal.
Dan apabila pihak tentera datang menggunakan bot penyelamat lebih kurang 50 meter kelihatan seorang remaja lelaki sedang berenang.
Remaja tersebut dibawa ke KRI Sembilang-850 untuk diberi pertolongan lanjut dan dipercayai remaja tersebut sudah 3 jam berenang di tengah lautan tanpa menggunakan jaket keselamatan sehingga ditemukan oleh pasukan tentera laut.
Dalam pada itu, remaja berkenaan dihantar ke pelabuhan untuk dipertemukan kepada ahli keluarga.
Budak misteri terapung 3 jam di atas permukaan laut pic.twitter.com/QLMO5Q92xd
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) June 21, 2021
Sumber ohmedia