Luna Maya

“Sayangnya muda-muda lagi dah tak ada gigi, lsteri lawa ” – Vida Mahu Taja Yassin Senario Buat Gigi Baru

Usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Vida menyatakan hasrat untuk menaja kos membuat gigi baharu bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Yassin Anye.

Menerusi komen yang ditulis di hantaran Instagram Gempak pada Sabtu, Vida mahu Yassin lebih yakin dengan memiliki sebaris gigi yang cantik.

” Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa. ”

“Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh,” luah Vida.

Yassin terdahulu mengulas mengenai situasi isterinya yang tvlar dan menjadi perhatian ramai menerusi akaun TikTok.

GV8 bakal melabuhkan tirai pada malam ini dan enam finalis bakal berentap untuk merebut gelaran juara. Siapa pilihan anda? Aliff Aziz, Aweera, Azan Scan, Adibah Noor, Suki Low atau Nikki Palikat?

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *