Luna Maya

Saya gesa cerita seperti ini diboikot, tak sesuai paparkan perlakuan “kunyit” pada umum’ – Ustazah Asmak Husin

Demi tuntutan kerja dan sukakan cabaran, pelakon Gambit Saifullah, 36, nekad menerima watak lelaki homoseksual dalam drama Suami Lelaki Pendosa, yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 baru-baru ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Gambit, antara penyebab dia sanggup dan berani menerima tawaran berlakon itu kerana mengetahui ‘pasangannya’ ialah Datuk Aaron Aziz kerana berdasarkan pengalaman bekerja bersama dan mengetahui keperibadian bapa kepada tiga cahaya mata itu.

“Perkara seperti ini patutnya diharamkan terus untuk dibuat drama atau filem. Boleh merosakkan pemikiran,” kata Roziana.

“Punyalah banyak cerita boleh buat, cerita homoseksual juga nak dinormalisasikan? Nak tiru Korea? Kerajaan buat apa? Biarkan saja cerita-cerita seperti ini diberi permit (Finas) untuk buat penggambaran?” soal Ibn Al Haitam.

“Dah terikut sangat sekarang ni banyak cerita kat Netflix mesti ada selit pasal LGBT. Semoga kita dilindungi Allah dari musibah,” kata Mohd Khair.

“Buatlah cerita lain, dah tak ada genre lain ke Malaysia ni nak buat? Melakonkan cerita umat terdahulu yang dilaknat. Ini bukan perkara normal, generasi sekarang mudah terikut,” kata Fawwaz.

Tayangan drama Suamiku Lelaki Pendosa di slot Samarinda TV3 semakin menarik perhatian ramai yang menontonnya. Para pelakonnya sebelum ini ada yang menjelaskan drama tersebut bukan hanya sekadar hiburan semata-mata, tetapi akan memberi pengajaran kepada yang berkenaan.

Bagaimanapun, pendakwah agama, Ustazah Asmak Husin berpandangan drama tersebut seperti menormalisasikan budaya LGBT dan perlu diboikot demi kebaikan semua golongan masyarakat.

“Saya faham sekiranya pengarah drama ini mengatakan tujuannya adalah untuk memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat di sekeliling kita tau memberi kesedaran tentang isu ini, tetapi masalahnya sekarang scene bercinta antara gay yang menjadi tular dan mendapat banyak sambutan. ‘Defeat the purpose’,” jelasnya.

Ustazah Asma bersama kumpulannya terdahulu hadir pada sesi dialog bersama Timbalan Menteri Agama yang membincangkan peranan media dalam mengatasi masalah sosal yang semakin mengakar di negara ini.

Antara isu yang dibangkitkan adalah isu liwat yang kebanyakannya bermula dari sekolah dan asrama, sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Bertambah teruk lagi apabila ada stesen televisyen yang menayangkan drama berunsur songsang yang dikhuatiri akan mencetuskan lagi ‘kebangkitan’ golongan berkenaan.

Menurut Ustazah Asmak, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan negara ini tidak akan sesekali mengiktirafkan LGBT walaupun menerima tekanan dari pelbagai pihak. INi kerana budaya LGBT adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, prinsip agama dan budaya.

Justeru, adalah penting media dan pempengaruh (influencer) bersama-sama membantu memberi kesedaran mengenai normalisasi LGBT kepada pengikut masing-masing.

Pandangan pendakwaah berkenaan turut disokong netizen.

“Saya pun tak suka cerita ini walaupun hanya sekadar lakonan. Tetapi anak-anak ada yang menonton dan pasti tertanya-tanya.

Walaupun kita pasti di penghujung penceritaan, masing-masing akan insaf dengan perbuatan dan dosa yang telah mereka lakukan, akan tetapi adegan yang dipaparkan sekarang memang keterlaluan.

Saya harap drama sampah seperti ini dapat diharamkan dari terus ditayangkan demi generasi akan datang,” kata Zaiton Mohd Ali.

“Pengarah nak kumpul rating ke buat cerita masukkan unsur-unsur yang sudah terang lagi bersuluh salah di sisi agama Islam? Please la, kalau dah tahu Islam jangan nak cuba-cuba buat atau selitkan juga.

Sibuk juga nak mengikut budaya negara barat. Boikot cerita macam ni. Suarakan pada pihak yang ada kuasa untuk beritahu bahawa benda-benda seperti ini tidak patut dilakukan. Inilah jarum-jarm dia masukkan sikit-sikit,” kata Azreen.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber TheReporter

Leave a Reply

Your email address will not be published.