Luna Maya

Miliki kejelitaan yg tiada tolok bandingannya, Uqasha Senrose digelar Barbie Malaysia dan dipuji ramai rakan artis

PETALING JAYA – Umum tahu pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Uqasha Senrose memiliki kejelitaan yang tiada tolok bandingannya.

Terbaharu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dos4 itu meraih perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto memaparkan wajahnya disolek persis anak patung.

Miliki kejelitaan yg tiada tolok bandingannya, Uqasha Senrose digelar Barbie Malaysia dan dipuji ramai rakan artis

Disolek dengan konsep patung popular. Barbie, ternyata tatarias tersebut membawa satu perubahan yang menarik pada wajah pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu.

“Rindu nak bekerja, rindu nak bermain dengan alat solek mengikut konsep. Hanya mampu throwback (imbau kembali) saja,” tulis  tunang kepada aktor Kamal Adli itu.

Difahamkan, solekan tersebut merupakan hasil sentuhan jurusolek terkenal, Alha Alfa untuk sebuah kempen promosi sebuah produk kecantikan tempatan.

Beberapa rakan selebriti seperi Azza Elite, Linda Rafar, Salina Saibi dan Adeline Tsen turut meluahkan komen serupa bahawa Uqasha sememangnya secantik Barbie.

Komen Netizen:

Cantiknya kak qasha

macam anak patung lah

sumpah lawa gilerr

Post yang dimuatnaik oleh Uqasha mendapat 88000 jumlah like dari peminat

Sumber Instagram Uqasha Senrose

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *