Luna Maya

Libas penunggang basikal dengan besi, pemandu ADX 4647 diburu pihak polis

Semalam, sebuah video aksi samseng seorang pemandu kereta jenis Proton Wira telah berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ianya menjadi tular di laman Twitter.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi rakaman dashcam berdurasi 52 saat itu, dilihat pemandu Proton Wira berwarna biru  itu menghentikan kereta secara tiba-tiba di susur kiri jalan sebelum  keluar dari kenderaannya sambil memegang sebatang besi.

Libas penunggang basikal dengan besi, pemandu ADX 4647 diburu pihak polis

Berikutan itu, pihak polis telah mengenal pasti suspek yang  dipercayai ‘melibas’ warga asing tersebut bagi memberi keterangan mengenai insiden yang berlaku itu.

Tambah sumber, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi memaklumkan suspek yang berusia 30-an itu akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 22 Mac.

Nor Omar turut menjelaskan bahawa  pemilik kenderaan bernombor pendaftaran ADX 4647 tersebut bukanlah suspek sebenar, sebaliknya rakan kepadanya telah meminjam kereta tersebut.

Nor Omar memaklumkan sekiranya orang awam mempunyai  maklumat berkaitan insiden itu, mereka diminta untuk terus terus menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau di mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tonton Video :

 

 

Sumber : Metro ( Nor Hidayah Tanzizi) , Twitter Malaysia Most Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published.