Luna Maya

VIDEO: Tular Rakaman Anggota Polis Wanita Ditumbuk Sehingga Tumbang Oleh Lelaki Yg Tidak Dikenali

Tular rakaman cctv menunjukkan seorang polis wanita ditumbuk oleh orang yang tidak dikenali.

KEDAH 15/7/2021

Rakaman CCTV seorang anggota polis wanita diserang oleh seorang lelaki bermotosikal yang tidak dikenali pada bahagian muka di hadapan pos kawalan IPD Kota Setar pada petang tadi.

Lelaki tersebut juga mencampakkan satu objek menyerupai pistol bersarung dipercayai pistol mainan di hadapan pos kawalan IPD sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Mangsa mengalami kecederaan pada hidung dan sakit pada bahagian muka.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

Baca laporan di bawah :

Pada 15/7/2021 jam lebih kurang 5.13 petang saya telah berjalan ke pos pengawal IPD Kota Setar untuk menghantar makanan kepada anggota L/KPL 188738 dan Konst 209053.

Secara tiba-tiba saya telah diserang dan ditumbuk dengan sangat kuat oleh satu lelaki melayu yang tidak dikenali di bahagian muka dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 125 LC No pendaftaran KDY4855 warna hitam lalu saya telah terjatuh.

Semasa kejadian berlaku saya berada dalam kawasan IPD Kota Setar. Lelaki tersebut juga telah membaling sepucuk plstoL mainan dalam keadaan bersarung ke dalam pos pengawal.

Lelaki tersebut telah melarikan diri.

Saya telah mengalami kecederaan luka berdarah di bahagian hidung dan kesakitan di bahagian muka. Saya datang ke balai buat laporan. Sekian laporan saya.

Pistol mainan yang dicampak oleh suspek:

Kesan darah akibat ditumbuk oleh suspek:

Menurut info dari netizen yang merupakan sepupu kepada suspek, suspek ada menerima rawatan psikiatri dan dipercayai tidak mengambil ubat ketika sebelum berlakunya kejadian tersebut.

Pihak Polis Kedah telah membuat kenyataan media berhubung perkara ini :

Difahamkan suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kemalangan ketika melarikan diri dari pihak polis.

Gambar motosikal suspek yg mengalami kemalangan :

Tekan Sini Untuk Video

Salam takziah diucapkan kepada keluarga suspek..

SumberĀ  Polis Kedah, Pineng Netizen, Info Bencana Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *