Luna Maya

Video: Gadis Kena Cekup Dengan Tunang Sorok SkandaI Dlm Bilik, Sebaliknya Nada Suara Pemuda Ini Pula Jadi Pujian Netizen

Tempoh bertunang sering digambarkan sebagai satu ujian hebat bagi pasangan-pasangan yang bakal berkahwin.

Namun putusnya satu ikatan itu boleh dielakkan jika masing-masing dapat menangani dugaan yang datang. Akan tetapi, hanya Tuhan saja tahu betapa peritnya rasa dikhianati oleh orang tersayang seperti yang dihadapi pemuda ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Mana tidaknya, lelaki berkenaan telah berjaya menangkap aksi tunangnya sendiri membawa masuk skandal ke dalam rumah.

Meskipun pada awalnya gadis berkenaan cuba untuk menyorokkan temannya itu, namun pemuda tersebut meminta untuk berterus terang sahaja kerana bukti sudah berada di depan mata.

Akhirnya mereka bertiga dapat bersemuka sebelum lelaki itu meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan terkutuk berkenaan sedangkan mereka berdua khabarnya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, malah gadis tersebut dikatakan pernah menjatuhkan fitnah kepada tunangnya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama kecewa dengan perbuatan gadis tersebut. Selain memberi sokongan moral, ramai yang memuji pemuda berkenaan kerana masih lagi mampu untuk jaga tutur kata dan bersabar.

Tak semua lelaki kt dunia ni problem

aduhai rugi kau dik lepaskan laki mcm ni

 

Tonton Video :

Tonton video asal : KLIK SINI

Sumber shafiqsuhaimi

Leave a Reply

Your email address will not be published.