Siapa je tak sakit tak sedih bila orang yang kita sayang lebih memilih orang lain untuk bersama.
Di media sosial telah tular satu rakaman video di mana sepasang pasangan kekasih bergaduh di jalan raya disebabkan orang ketiga.
Menurut rakaman video tersebut, si lelaki telah bertembung dengan kekasihnya dan ada sedikit perbalahan antara mereka.
Apa yg menarik perhatian, kekasihnya memulangkan semula teddy bear yg amat besar.
Sebelum melangkah pergi, kenalan lelaki kepada kekasihnya sempat keluar dari kereta untuk cakap sesuatu terhadap lelaki malang ini.
Menurut netizen, wanita itu dipercayai memilih lelaki lain disebabkan lelaki itu memiliki kereta berjenama H.
Di pengakhiran video ternampak kesedihan dan kepiluan meratapi lelaki yg tak dikenali ini.
Ikuti apa yang netizen katakan terhadapa video yg tular ini.
Abg gee dulu buka butik pengantin ..ada bakal pengantin laki..putus tunang sebb dia kena dibuang kerja.. pihak pompuan minta putus….dia dtg kebutik abg gee minta cancel tempahan tapi dia tk minta wang nya dikembalikan…tapi dlm segak sayu dia sembang. Bagitau abg gee akhir nya air mata jantan nya jatuh jugak berlenang sedih …. jenuh abg gee sabar kan dia..sebb tu la dah tahu perangai sebenar bekas tunang nya..tapi last abg gee dpt tahu pihak syarikat2 yg buang kerja nya tu bagi pampasan yg terbaik jugak jumlah nya. Dia hubungi abg gee dia dah buat bisnes job lain dan punya kereta honda jugak…. alhamdulilah setiap terjadi tu ada hikmah nya..
Keta tu milik bank..hutang bank pun x habis byr..silap2 kena tarik2..waktu2 pkp ni.duit xde nak byr Keta.. bersyukur lah.Allah tunjuk sikap sebenar pumpuan tu sebelum jadi isteri..
Pompuan ade hak nak pilih lelaki yg mane sesuai dgn selera dia sama la mcm lelaki.nak yg comel yg lawa yg genit yg boleh pegang pegang.tp kalau stakat pompuan yg memandang harata benda ni percayalah x berbaloi dipertahankan bro. Lepaskan saje lah. Nanti Allah bg konyg lebih baik lebih bagus.
Bagi pendapat admin, mungkin disebabkan perkara-perkara lain yang menjadi faktor kepada perpisahan mereka. Kita sebagai netizen tidak perlu memberi hukuman tanpa selidik.
Admin doakan semoga segala urusan mereka bertiga ini dipermudahkan.
Kongsikan pendapat anda berkenaan video yang tular ini.
Sumber video Viral Meletup