Luna Maya

lkat Anak Gadis Di Belakang Kereta Yg Dipandu, Bapa Beri Alasan Yg Sangat Mengejutkan Semua

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ikat Anak Gadis Di Belakang Kereta Semasa Memandu, Bapa Beri Alasan Anaknya Suka Macam Itu. Akibat melakukan perbuatan yang boleh merisikokan nyawa anaknya, seorang bapa ditahan oleh pihak berkuasa Turki.

Lelaki itu mengikat anak perempuannya di belakang van, ketika kenderaan itu sedang dipandu di tengah Turki baru-baru ini.

Kemarahan orang ramai mula tercetus dan mereka menggesa pihak polis menangkap lelaki terbabit.

Pemandu kenderaan itu yang dikenali sebagai Idris K telah ditahan polis, semalam.

“Anak perempuan saya berusia 13 tahun dan dia suka menggembara dengan cara seperti itu,” Idris dilaporkan berkata kepada polis.

Jelasnya lagi, anak perempuannya diikat di belakang van itu dengan perjalanan sejauh 700 meter dengan kelajuan hanya 15 hingga 20 kilometer sejam.

VIDEO:

 

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *