PETALING JAYA – Jangan terkejut bila anda melihat seorang lelaki menjual durian kampung sehingga RM 500 sebiji di laman sosial.
Ini kerana klip video dikongsi di laman Tiktok milik juneysbakery itu tidak menggambarkan harga sebenar buah tersebut.
Video disediakan di akhir artikel.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Tetapi, ia adalah harga yang perlu dibayar lelaki itu bagi membaiki cermin keretanya yang dipecah gara-gara ditimpa raja buah yang g.ugur.

Menurutnya durian kampung tersebut mahal harganya kerana ia tidak jatuh atas tanah sebaliknya jatuh di atas cermin belakang sebuah kereta yang diletakkan di halaman rumah.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.
Susulan tular video berdurasi 53 saat itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

“Kau tahu kan yang durian bila-bila masa je dia boleh terjun, kalau dia nak terjun dia dah tak bagi w.arning dah dia terjun je, yang kau gi park keta bawah pokok tu dah kenapa, kan dah mendapat,” tulis Ain Hamid.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azlina Nabila.
“Ni mesti parking kereta kat bawah pokok durian tu kan? bukan salah durian, salah kamu,” katanya.
Selain menya.lahkan pemilik kereta itu yang c.uai orang ramai turut mendoakan agar lelaki berkenaan digantikan dengan rezeki yang baharu.
“Mungkin ini takdir buat kamu, bertabahla nanti Allah ganti dengan rezeki lain, semoga dipermudahkan urusan bro,” tulis Mat Jaki Kepong,” katanya.
Video ini telah menarik perhatian warganet di Tiktok. Antara komen-komen yang menarik
baru nak maki, nasib tgok sampai habis
sabar bang, semoga dimurahkan rezeki
Sila tonton video :
Sumber Video KLIK SINI
Durian sebiji rm500 pic.twitter.com/yrb1JU5FAl
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) July 18, 2021
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!