Luna Maya

Gadis dipercayai trjun jambatan nyaris lemas

Gadis nyaris lemas jatuh jambatan

GEORGE TOWN – Seorang gadis berusia 24 tahun nyaris lemas sebelum diselamatkan nelayan selepas jatuh ke dalam laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Kilometer 14.1 dekat Batu Maung di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.15 malam berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira berhenti di bahu jalan di atas jambatan dalam keadaan pintu terbuka.

“Mangsa dipercayai telah ter jvn ke dalam laut, namun diselamatkan oleh nelayan yang berada dibawah jambatan berdekatan dengan tiang (nombor) 81.

“Terdapat barang peribadi dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di dalam kereta itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, gadis tersebut kemudiannya dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin Batu Uban di sini sebelum diserahkan kepada pihak polis.— K! ONLINE

Sumber Info Bencana Pahang & Luar Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published.