Luna Maya

Terpikat Dengan Senyuman Manis, Gadis lni Minta Orang Ramai Jejak Rider Foodpanda

Benarlah kata ungkapan, dari mata turun ke hati. Apabila melihat perkara indah, ia membuatkan perasaan seseorang meronta-ronta bagi mencari jawapan yang tidak pasti.

Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang gadis ini apabila terpikat melihat ketampanan seorang penghantar makanan Foodpanda dipercayai di Aman Central, Alor Setar baru-baru ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi aplikasi TikT0k, @arelia._ memuat naik satu video memaparkan aksi spontan ‘rider’ tersebut yang sedang berbual dengan rakan penghantar makanan lain.

Seolah-olah jtuh hati dengan senyuman lelaki itu @arelia._ turut meminta pertolongan warganet supaya mencari gerangan ‘rider’ berkenaan.

“Harap-harap dia nampak video ni. Tolong cari abang ni! Kenapa senyuman dia manis sangat,” tulisnya pada ruangan kapsyen video tersebut.

Terpikat Dengan Senyuman Manis, Gadis lni Minta Orang Ramai Jejak Rider Foodpanda

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu meraih sebanyak 354,200 tont0nan selain lebih 500 k0men warganet yang memberikan pelbagai reaksi dimana ramai mengaku teman wanita kepada lelaki terbabit.

Bagaimanapun, segelintir individu turut mengakui bahawa ‘abam’ Foopanda itu kelihatan tampan serta memiliki senyuman manis sehingga menjadi tular di TikT0k.

tonton video :

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber :OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *