Luna Maya

Video: “Tolonglah saya.. Apa nak jadi ni” – Pelakon Sherie Merlis

Kuala Lumpur: “Saya nak tanya sesiapa yang tahu dan boleh tolong, selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mana lagi tempat untuk minta ambil adik saya dan kuarantinkan dia dengan anak kecilnya yang masih menyusu.

“Tolonglah. Saya tak tahu nak buat apa. KKM ‘hopeless’ (tiada harapan). Nak marah saya, marahlah tapi ini kenyataan,”.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Demikian rayu pelakon Sherie Merlis kepada pengikut media sosial di Instagram, pagi ini berkenaan kebuntuan yang dilaluinya.

Ia berikutan adik perempuannya disahkan positif Covid-19, namun belum diambil oleh KKM untuk menjalani kuarantin di mana-mana lokasi yang disediakan.

Menurut Sherie, adiknya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adiknya disuruh balik ke rumah.

“Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.

“Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.

“Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan,” katanya.

Sherie berkata, dia menghubungi KKM untuk bertanyakan mengenai kedudukan mereka dan pihak terbabit berjanji akan datang secepat mungkin untuk melakukan ujian calitan kepada mereka semua kerana bimbang berjangkit.

“Tapi, KKM tak datang ke rumah kami. Mereka cuma hubungi dan kata kena tunggu sampai Isnin (esok). Memang tak masuk akal nak tunggu sampai Isnin.

“Saya dah risau dan hubungi lagi KKM tanya apa yang patut dibuat. Sekurang-kurangnya mereka ada saranan apa yang patut saya buat dengan ada ramai kanak-kanak dan warga emas yang kurang sihat di rumah.

“Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Dia, saya dan bapa dah lengkap dua dos vaksin. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak,” katanya.

Ujar Sherie, kini hanya dia seorang saja yang masih sihat untuk ambil berat semua orang yang ada di dalam rumah berkenaan.

Saya tak tahu nak buat apa dalam rumah ini. Kalau saya sakit siapa nak jaga budak-budak ini dan ibu bapa saya yang terlantar? Siapa nak ambil kisah?

“Minta tolong sesiapa apa yang patut saya buat? Adik saya dalam bilik tapi kalau suaminya positif tak tahu nak letak mana.

“Saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak saya dan anak-anak adik yang masih okey dengan tumpangkan mereka semua di dalam bilik ibubapa. Sampai bila pun tak tahu. KKM kata Isnin, dan adik saya pun bersetuju untuk dikuarantinkan di mana-mana lokasi yang sesuai,” katanya.

Perkongsian dibuat Sherie berkenaan menerima banyak maklum balas daripada pengikutnya serta rakan-rakan artis yang bersimpati dengan situasi dihadapi pelakon itu.

Bahkan, ada juga yang cuba memberikan cadangan dan jalan penyelesaian untuk Sherie.

Sila KLIK SINI untuk tonton video.

Sumber Harian Metro & Instagram Sherie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *