Luna Maya

Tunjuk lagak wheelie motosikal kejaluan 280km/j di Jambatan Pulau Pinang akhirnya menerima padah

GEORGE TOWN – Tindakan sekumpulan individu menunggang motosikal berkuasa besar secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dekat sini mengundang kecaman netizen selepas video aksi itu tular hari ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Rakam berdurasi kira-kira 45 saat itu yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.

Manakala sebahagian sedutan video memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).

“Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hamizah Ahmad Rosli ditalian 013-2064 682 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat tular di media sosial hari ini yang memaparkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.

Manakala sebahagian sedutan video memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).

Tonton Video:

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.