Luna Maya

Kami tiada pilihan, tempat parkir sentiasa penuh

PUTRAJAYA – Insiden pemandu lori yang melanggar lebih 10 buah kereta di Kompleks E, Putrajaya semalam nyata tidak dijadikan pengajaran buat pelawat mahupun kakitangan apabila masih terdapat kenderaan diletakkan di kawasan bahu jalan.

Tinjauan dilakukan Kosmo! mendapati, biarpun kawasan kemalangan kelmarin telah dikosongkan, namun kira-kira 50 meter dari situ, orang ramai tetap meletakkan kenderaan di bahu jalan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menurut seorang pelawat, Muhd. Alizaini Mohd. Hussein, 37, dia terpaksa meletakkan kereta­nya di bahu jalan kerana kawasan berkenaan kekurangan tempat letak kenderaan sejak sekian lama.

“Saya tiada pilihan lain, bukannya sengaja mahu letak di bahu jalan tetapi tempat letak kereta terhad. Saya hanya boleh berharap keadaan ini dapat diatasi oleh pihak berkaitan,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi pe­lawat, Nur Hafizah Abd. Rahman, 29, berkata, dia juga terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan tersebut beberapa kali sebelum ini walaupun sedar dengan risiko dihadapi.

“Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang lain apabila mereka mempunyai urusan di sini (Putrajaya). Bukannya tidak mahu letak kereta di tempat sepatutnya tetapi ia penuh.

“Cuma kami bernasib baik tidak pernah berhadapan dengan sebarang insiden tidak diingini seperti yang berlaku kelmarin,” ujarnya.

Kelmarin sebuah lori dilaporkan melanggar lebih 10 buah kenderaan yang diparkir di Kompleks E di sini. Insiden tersebut berjaya dirakamkan televisyen litar tertutup (CCTV).

Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tonton rakaman kejadian kelmarin :

Pemandu lori yang disyaki merempuh lebih 10 buah kereta yang diparkir di bahu jalan di kawasan Kompleks E, Putrajaya hari ini sudah dikesan, kata pihak polis berdasarkan lapor Kosmo! Online.

Menurut laporan tersebut, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu lori terbabit akan memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Iebih 10 kereta ‘parking’ tepi diIanggar Iori, tiada tuntutan ganti rugi boleh dibuat

“10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Selain itu, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

CGSO Parcel E berkata, lokasi itu telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang kenderaan, jadi tiada sebarang tuntutan dapat dilakukan oleh mangsa.

“Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir,” ujarnya.

Malah difahamkan, pihak berkuasa akan melakukan operasi di kawasan itu sekali gus akan mengeluarkan saman sekiranya terdapat pemilik kenderaan yang tidak patuh.

Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan beberapa buah kereta mengalami kerosakan termasuk di bahagian cermin sisi dan kesan calar selain terdapat juga rakaman litar tertutup (CCTV) yang merakam ‘kemunculan’ sebuah lori berwarna putih.

Tonton Video di bawah :

 

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Husni Mohd. Noor) , Twitter @ZackAvaricious

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *