Luna Maya

Kak Long akhirnya akui tak pandai didik anak, sedang lkhtiar bawa Adam jumpa ustaz.. bukan kejar viral tapi mahu didikan agama

KISAH ‘amukan’ seorang wanita di sebuah kedai serbaneka 7Eleven pada Rabu lalu masih hangat diperkatakan netizen sehingga ke hari ini.

RAKAMAN VIDEO KAKLONG BERCAKAP BERKENAI ANAKNYA ADA DI BAWAH SEKALI

Ketika isu dengan 7Eleven menemui penamatnya, tular pula satu lagi rakaman, memaparkan wanita dikenali sebagai Kak Long itu bertindak biadab di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).

Sejak dua kejadian itu, Kak Long yang dilahirkan sebagai Wan Nor Baizura tidak aman apabila namanya terus menjadi sasaran kebencian, kemarahan serta kecaman netizen.

“Tapi tak apalah, awak nak doa kepada saya buruk-buruk… tak payahlah. Saya takut doa ni berbalik kepada awak. Saya akui kesilapan saya.

“Tapi ambillah pengajaran daripada saya atas benda yang dah jadi. Saya tak boleh diamkan diri sebab saya tak nak lari daripada kesilapan saya.

Tambah wanita itu lagi, dia juga sama seperti insan lain yang boleh berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya manusia, saya boleh berubah bila-bila masa. Sebab tu saya buat live sekarang, saya jaga mulut saya. Cuma hari tu saya tak boleh nak kawal Saya minta maaf,” ujar wanita dari Terengganu itu.

“Dan saya pun dah minta maaf dengan staf KFC, staf 7Eleven. Awak nak apa pula hari ni?” soalnya lagi.

Untuk rekod, nama Kak Long hangat diperkatakan selepas dia mengamuk gara-gara anaknya dituduh mencuri di salah sebuah outlet 7Eleven pada Rabu lalu.

Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang dituduh mencuri turut dikecam netizen kerana bersikap biadab terhadap staf kedai berkenaan.

Pada Khamis, wakil 7eleven telah bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontroversi yang melanda.

Dia pada Jumaat bagaimanapun sekali lagi dikecam selepas tular video sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.

Tonton Video:

 

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *