Luna Maya

Kes Marshal: 3 Iagi lndividu Serah Diri, Yamaha Tracer 900GT Dan Harley Davidson Antara Yang Dirampas

Port Dickson: Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Katanya, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

“Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.

“Peserta konvoi kenderaan tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan marshal itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai besar kepala dan menyusahkan orang lain.

Kes Marshal: 3 Lagi Individu Serah Diri, Yamaha Tracer 900GT Dan Harley Davidson Antara Yang Dirampas

Baru-baru ini, sempat tular sebuah video menunjukkan aksi individu dipercayai marshal kumpulan konvoi motorsikal berkuasa tinggi yang bertindak memberhentikan kenderaan di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Susulan video tular tersebut, Ketua Polis daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Sham Mohamed dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini memaklumkan, tiga lelaki warga tempatan telah hadir untuk serah diri Balai Trafik IPD Port Dickson sekitar jam 2.40 petang tadi.

Tiga lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori dan berusia antara 27 hingga 48 tahun kini ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut. Turut dirampas adalah motorsikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki GTR 1400CC, Harley Davidson dan Yamaha Tracer 900 GT, sehelai vest hijau serta beberapa item yang digunakan oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan semasa rakaman tersebut dibuat.

Sebelumnya, dua orang lelaki berusia 26 dan 27 tahun yang terlibat dalam insiden tersebut dilaporkan telah ditahan pihak polis tengah malam tadi di jalan kawasan Port Dickson dan Springhill Lukut.

Kes Marshal: 3 Iagi lndividu Serah Diri, Yamaha Tracer 900GT Dan Harley Davidson Antara Yang Dirampas
Gambar: Polis PD

Tonton Video :

Sumber HM, Siakap keli, Polis PD

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *