Luna Maya

Kecoh video pocong tumpang pemandu Iori tular, netizen perasan sesuatu yang mengejutkan

IPOH – Tular satu klip video seorang pemandu lori yang mendakwa ditemani penumpang tidak diundang semasa memandu seorang diri di sebuah lebuh raya.

Bagaimanapun, lokasi sebenar dan bila rakaman video itu berlaku tidak disebut melainkan diberitahu dekat Changkat Jering, Taiping.

Dalam video berdurasi 27 saat itu menunjukkan pemandu lori itu yang bercakap dalam loghat utara memberitahu dia ditemani penumpang yang tidak diundang.

Dia yang kelihatan bersahaja sempat memalingkan kamera telefon bimbit pada penumpang tersebut yang berpakaian serba putih seperti pocong.

“Assalamualaikum, pada sapa sapa yang tertinggal sahabat atas highway dekat Changkat Jering, nak halau macam mana.

“Ini dok ada dengan kita ni sahabat depa. Adoi, dah baca macam-macam doa dah baca tapi tak jalan juga.

“Nak sampai Alor Pongsu ni kot dia mau turun, adoi, dok lain kali jangan tinggal merata,” keluh pemandu lori tersebut.

Difahamkan, video berkenaan tular dalam kalangan kumpulan pemandu lori sebelum dikongsi pembaca kepada Kosmo.

Tonton Video:

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *