Luna Maya

Khabar duka, Pakcik kesayangan meninggal dunia ketika bantu jiran selamatkan diri

HULU LANGAT: Dalam pada ramai sukarelawan seluruh negara berkampung di Hulu Langat membantu mangsa banjir ketika ini, tidak ramai sedar ada insan yang terkorban ketika memberi bantuan awal, Sabtu lalu.

Hashim Shamsuddin, 44, yang tinggal di Lorong Alang Lajim, Dusun Tua, di sini, terkorban ketika membantu keluarga serta jirannya menyelamatkan diri ketika banjir menjadi semakin serius.

Menurut anak saudaranya, Muhammad Syawal Fiqri Johari, 21, yang tinggal bersama Allahyarham, kejadian yang mengorbankan bapa saudaranya malam itu tidak akan dilupakan.

“Malam tu air deras luar biasa sehingga jiran terangga terpaksa menyelamatkan diri dan lari ke rumah kami kerana rumah kami ini agak tinggi.

“Namun air terlalu besar dan naik dengan cepat ke dalam rumah memaksa semua yang ada ketika itu termasuk kami bergerak ke rumah bersebelahan yang lokasinya lebih tinggi.

“Allahyarham yang menjaga ibunya selama ini yang uzur sehinggalah ibunya itu meninggal dunia Mei lalu. Tak sangka sekarang kami pula kehilanganya,” jelas Syawal.

Kata Syawal, laporan bedah siasat kemudian mendapati punca kematian Allahyarham adalah kerana serangan jantung.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Astro

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published.