Luna Maya

“Teremosi kerana air lemon…”- Pemilik restoran mohon maaf kepada pelanggan

Beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial mengenai adab layanan pemilik Restoran 35 yang terletak di Banda Hilir, Melaka terhadap pelanggan.

Pun begitu, semalam, anak kepada pemilik premis berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar di mana pelanggan tersebut ‘menipu’ sehingga memanaskan keadaan semasa.

“Apabila minuman itu sampai, wanita itu terus membebel kerana pesanannya tidak dituruti,”

Difahamkan, mereka menghantar semula lemon satu biji yang siap dipotong, namun ibu pelanggan tesebut masih terus membebel dan menyebut, ‘dia orang berniaga jadi dia tahu sukatan buah lemon sebiji’.

Tambahnya lagi, salah faham itu berpunca apabila pelanggan menyalah tafsirkan ‘bebelan’ dan ‘makian’ itu. Ini kerana dia dan ibu sahaja dimarahi oleh nenek apabila mereka masih membenarkan pelanggan untuk memasuki premis perniagaan mereka, sedangkan waktu operasi sudah hampir tamat.

Dikesempatan itu, Nor Abdilla memohon maaf kepada pelangganya kerana gagal mengawal emosinya sehingga menimbulkan salah faham.

“Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan.

“Ini kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan.”katanya.

Terang wanita berusia 39 tahun itu, dia tiada niat untuk memarahi pelanggan dan mengakui apa yang berlaku itu adalah spontan, selain sudah menjadi kebiasaan ketika menguruskan kedai milik keluarga.

“Tapi sejujurnya, bukanlah niat saya untuk sengaja bersikap marah-marah. Mungkin kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa,” katanya kepada MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazette (Reza A Hamid), Utusan Malaysia (Amran Mulup)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *