Luna Maya

Rakaman wanita sarat hamil meronta2 kesakitan, derita akibat disihir undang sebak

Gara-gara sifat hasad dengki, seorang usahawan wanita dipercayai menjadi mangsa sihir pihak tertentu sehingga berdepan penderitaan apatah lagi sedang sarat hamil dengan usia kandungan sembilan bulan.

RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ITU ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram, wanita dikenali sebagai Ezzah Nellysa itu memuat naik video memaparkan dirinya meronta-ronta menahan kesakitan ketika dirawat oleh seorang ustaz.

Ezzah berkata, dia meminta orang ramai mengambil pengajaran daripada kisahnya selain berterima kasih kepada mereka yang menitipkan doa pada malam Nisfu Syaaban lalu.

“Ambillah pengajaran dari cerita mommy ni untuk kita sentiasa perbaiki diri dan bersangka baik pada Allah, siapa buat, kenapa buat or apa tujuan semua kita jangan fikir.

“Terima kasih buat yang mendoakan mommy juga, malam nisfu syaaban tu tak stop mommy dapat doa dari you guys yang mommy memang takkan dapat pernah balas. Mommy doakan yang baik semua berbalik pada you guys,” katanya.

Sebelum ini, suami Ezzah iaitu Afiq Zulkifly pernah berkongsi bahawa isterinya sukar untuk tidur dan kerap mengalami mimpi ngeri selain terjumpa beberapa ‘barang’ di luar kafe mereka.

Buntu dengan situasi berkenaan, Afiq menjelaskan mereka hanya mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan memohon maaf kepada pihak tertentu sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dilakukan sebelum ini.

“Lepas ayah mertua baca doa dgn izin Allah. Allahuakbar Betul2 dia tunjukkan. Bungkusan pad (tuala wanita) berisi duit syiling jarum dan ranting bersama dgn nota “Neli tutup” staff jumpa kat belakang kedai.

“Ya Allah kedai kami ni tak hebat mana pun. Cari rezeki halal nak besarkan anak2. Dalam neli cafe ni ada berpuluh vendor sama² cari rezeki nak sara hidup.

“Janganlah ganggu kami. Sy minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada sesiapa yang kami pernah tersinggung kan perasaan,” ujarnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan melihat kesakitan dihadapi wanita tersebut dan mendoakan agar Ezzah sekeluarga dilindungi serta dipermudahkan segala urusan.

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber: Instagram Ezzah Nellysa & Afiq Zulkifly

Leave a Reply

Your email address will not be published.