Luna Maya

Ramai tergelak lihat lsteri selamba tahan suami tengah ‘race’ suruh balik rumah

Setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri. Namun, kaum lelaki dilihat lebih banyak hobinya dan rata-rata bersifat outdoor. 

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Biasanya tiada siapa pun menghalang mereka untuk melakukan hobi walaupun sudah berumah tangga asalkan kehidupan berkeluarga tetap menjadi keutamaan.

Namun, jika sudah mulai leka dan terlalu banyak menghabiskan masa diluar, para isteri juga akan mulai geram. Tak salah rasanya untuk menegur serta memberi peringatan kepada suami asalkan masing-masing faham dengan situasi berkenaan.

Situasi lucu berkenaan berjaya dirakam dan dimuat naik oleh @bojer.90 dengan menulis kapsyen berseloroh “pantang mundur kecuali operasi”.

Ramai tergelak lihat lsteri selamba tahan suami tengah ‘race’ suruh balik rumah

Dia juga menjelaskan bahawa isteri memanggilnya pulang berikutan hari semakin senja dan sudah mahu masuk waktu magrib. Pemuda itu turut dilihat memboncengkan isterinya menaiki motor tersebut menuju ke rumah mereka.

Perkongsian berkenaan telah ditonton lebih dari sejuta viewers kurang dari 8 jam ia di muat naik. Rata-rata warganet berasa terhibur melihat keletah suami isteri itu yang membuatkan mereka yang sedang lepak di gelanggang tersebut ketawa.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang respect dengan tindakan pengguna TikTok berkenaan kerana tetap mengikut kata isteri untuk pulang walaupun race belum habis lagi.

Tonton Video:

Sumber:Ohmymedia, TikTok @bojer.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *