Luna Maya

Berkali² Mengndvng Tanpa Tahu Siapa Bapa Bvdak tv, Tapi Suami Tahu Aku Cvrang, dan Dia Tetap Maafkan

Salam. Terima kasih admin approve confession aku.

Aku dah lama tergerak hati nak share pasal life aku tapi hari ni baru rasa nak confess.

Hmmm start dari aku kecik lah ea. Keluarga aku bukan jenis kuat agama. Semua tak pernah solat.

Mak dengan ayah aku pun jarang bertegur. Ayah aku jenis yang lepas tangan. Semua mak aku kena tanggung.

Dari segi duit,kebajikan anak2, ayah aku g keje balik keje je, pastu tidur.

Anak2 memang tak ada basic agama. Sampai kan aku kena noda masa umur 5 tahun pun mak ayah aku x tahu.

Tau tak bertapa seksa nya duduk rumah dengan 3 orang abang yang hari2 cabul kau.

Abang aku yang sulung masa tu umur baru 12 tahun. Angah 11, Uda 8 tahun.

Mungkin diorang tak tahu benda tu salah. Pernah sepupu lelaki aku semua kumpul dalam bilik tengok kemaluan aku.

Main raba2, masa tu aku baru 5 tahun. Sepupu aku dengan abang aku semua 7 orang.

Benda berlarut sampai umur aku 15. Cuma yang teruskan ude aku je. Along dengan angah duduk asrama masa sekolah menengah.

Dorang stop terus. Mungkin duduk asrama da boleh tau benda tu salah.

Masa umur aku 14 aku pindah sekolah aliran arab. Pakai tudung labuh semua. Tapi aku x solat kat rumah.

And kat rumah aku tetap kena cabul, aku takut nak cakap kat mak ayah masa tu.

Bodoh nya aku, tahun yang sama aku kenal sorang laki ni. Dia baru 17.

Pendek kan cerita, aku berzina dengan dia. Sumpah aku x tahu benda tu salah.

Aku ingat benda biasa. Aku kawan dengan dia 6 bulan je. Bermula dari tu la aku berani cakap aku bohsia.

Aku curi2 keluar tiap2 malam lepas mak aku tidur. Aku berzina dengan sapa je yang nak masa tu.

Rasa macam top sangat sebab semua laki cari kita. Ya Allah bodohnya aku masa tu!!

Budak aliran arab yang 1 kelas dengan aku pun ada yang ikut sekali. Bayangkan kitorang baru 14 tahun masa tu.

Tukar2 pasangan tiap2 malam. Sampai la umur aku 15 abang aku yang ude ajak berzina.

Aku bagi. Aku berzina dengan abang sendiri. Benda tu kerap berlaku. Aku dengan syaitan tak ada beza masa tu.

Awal tahun masa umur 15 aku mengandung. Aku pun x tahu anak siapa. Mak aku dapat tahu sebab aku muntah2 semua.

Tapi mak aku xdelah marah maki semua tu. Cuma aku nampak dia kecewa. Die bawak aku pergi klinik gugurkan.

Lepas keluar klinik aku duduk rumah sehari je. Malam esok keluar melepak balik.

Degil aku masa tu. Lagi2 aku anak kesayangan. Tak pernah aku kena marah. Apa aku nak semua dapat.

Memang naik lemak la aku. Umur 16 aku kenal rokok dan dadah. Dadah aku tak pernah beli sebab semua berebut nak belanja sebab diorang tau akan dapat badan aku.

Tapi aku tak ada la ketagih pun. Bila ada aku hisap. Tak ada aku tak cari pun.

Umur 17 aku mengandung lagi. Masih tak tahu anak siapa. Tapi aku cakap anak boyfriend aku je.

Die cari duit nak gugurkan. Tapi tak cukup. Lilihan terakhir aku terpaksa bagitahu mak aku lagi.

Dan mak aku keluarkan duit untuk gugur lagi. Masa ni aku mula rasa nk berubah sebab kesian dekat mak aku.

Walaupun life aku rosak, tapi allah bagi otak yang cerdik kat aku. Exam aku sentiasa score.

Aku belajar tetap belajar cuma liar sangat. Spm aku cemerlang dan dapat sambung belajar di ibukota.

2 tahun aku duduk sana aku hisap rokok, clubbing, dadah bila rasa nak enjoy aku ambil dengan kawan2.

Masa tu suka2 je.5 tahun aku dekat sana aku masih berzina tapi tak macam masa sekolah.

Cuma dengan boyfriend aku je. 5 tahun tukar2 boyfriend so tetap teruk aku rasa.

Boyfriend aku yang last masa belajar, kami tinggal serumah. Tapi aku masih curang bila dekat luar.

Kami bercinta jarak jauh disebabkan aku dapat kerja dekat tempat asal aku.

Aku tetap pasang skandal dekat tempat asal aku sebab sunyi boyfriend aku jauh. Jumpa pun 2 bulan sekali.

Aku mengandung lagi masa umur 21. Anak skandal aku. Aku tetap gugurkan.

Lepas gugur aku terus berpisah sebab dia tak nak tanggungjawab.

Lepastu aku dapat skandal baru. Suami orang. Aku cukup elak suami orang tapi macam mana aku boleh sayang dia.

Dengan die segalanya bermula kembali. Mabuk, zina, rokok. Dalam masa setahun dengan dia,aku mengandung lagi!!

Benda sama aku buat. Aku gugurkan lagi. Masa tu tak ada rasa bersalah langsung. Allahu..

1 hari boyfriend aku dapat tahu aku curang. Aku mintak maaf tapi tak bersungguh sebab hati aku berbelah bagi.

Tapi boyfriend aku tetap terima aku. Die terus cakap nak meminang aku sebab takut aku curang lagi.

Aku terima je sebab aku rasa aku boleh berubah kalau dengan boyfriend aku. Kami tak tunang.

Terus tetap tarikh nikah. Skandal aku buat macam2 supaya majlis x berjaya. Bodoh nya aku tetap berkawan dengan dia walaupn dah nak berkahwin.

Skandal aku pernah hantar gambar kami masa berzina dekat facebook boyfriend aku.

Nasib aku baik masa tu sebab aku tengah online fb dia. Sampai masa aku nak kahwin, sehari sebelum tu aku masih keluar dengan skandal aku.

Melayan gila dia tu sebab dia ugut nak rosak kan majlis aku.

Lepas majlis kahwin, aku terus pindah duduk sekali dengan suami aku.

Skandal aku ugut macam2. Nak bagi mak ayah aku gambar kami, bagitahu suami aku pasal apa kami buat.

Aku terpaksa berpindah balik ke tempat asal aku. Hubungan kami bermula balik. Aku lupa suami aku. Layan acuh x acuh.

Kami menyewa rumah untuk memudahkan kami berjumpa setiap hari. Dan lagi sekali aku mengandung!

Suami aku ingat tu anak dia. Dia terus paksa aku pindah sekali dengan dia sebab nak jaga. Aku setuju.

Aku nekad nak berubah. Aku tukar no telefon. Block semua berkenaan skandal aku. 3 tahun kami bersama,susah pada mulanya.

Tapi sebelum aku betul berubah,aku gugurkan lagi anak ni. Aku tak nak suami aku tanggung anak orang lain da banyak masalah pada masa akan datang.

Aku tau banyak dosa aku. Sebenarnya banyak kali suami aku tau aku curang tapi dia tetap maafkan aku.

Dia yang ajar aku soal agama balik. Kami sama2 jahil dulu tapi aku nampak dia betul2 berubah.

Aku bersyukur Allah tetap bagi suami yang baik walaupun dosa aku terlalu banyak dekat DIA.

Aku slow2 berubah.mula berhijab, solat 5 waktu, jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Sekarang da 3 tahun usia perkahwinan kami. Masih belum dikurniakan anak. Mungkin balasan atas dosa dahulu.

Suami aku masih tak tahu apa aku buat belakang dia. Aku tak tahu nak terus terang atau tutup aib aku. Aku masih merangkak dalam mencari keampunan.

Aku respek orang yang jadi mangsa pedo tapi masih boleh menjaga maruah. Tak macam aku, aku terus rosak kan diri aku.

Maaf panjang sangat confession ni.Ni pun aku da banyak pendek kan. Ni kali pertama aku cerita semua. Tak ada siapa pun yang tahu.

Doakan aku terus menjadi baik dan tak berhenti separuh jalan.

Aminn..assalamualaikum

Ainur: Iktibar bg kita semua. Kena selalu pantau apa anak2 buat. Sedih mengenangkan dunia dia yg hancur sejak umur taktau apa2 lg.

Disebabkan confessor diperlakukan seperti itu dari kecik, benda berlarutan sampai besar. Allah..

Semoga sentiasa dlm lindungan ye sis. Semoga Allah cekalkan hati sis selalu. Doalah mohon dikuatkan hati utk terus beriman. *hugs*

Hariz: X perlu bgi tau….ckuplah mnjdi seorg istri yg sngtt mnghargai suami…nk buat ap2 pikir la suami tu…

X jamin sis boleh dpt suami mcm tu sbgai gnti..respect suami sis…smoga die brjaya bimbing sis…

Suami sis adlah hadiah dri Allah sewaktu sis sbut nk berubah..tpi sis x nmpk..dn sis trus cri org lain…

Syah: Ingat tau apa yang saya bagitahu ni,
Jangan sesekali awak ceritakan keaiban dan kesilapan awak yang dulu.

Tu je nak cakap. Dan tahniah! Awak telah dipilih dan diberikan hidayah oleh Allah s.w.t untuk mengamalkan ajaran Islam yang sebenar2nya.

Lina: Bagi saya aib pkara yg lepas tk perlu bagi tau pasangan, doa mintak Allah tutupkan aib kita, beserta taubat myesal dan niat tk kan ulangi lagi..

Mengenai perkara silam tu plk.. saya pernah dgr ayat ni dri ustaz yg bagi ceramah di masjid sya, lebih kurg ayat mcm ni

“Allah tk pernah kisah berapa banyak berapa besar dosa kita padaNya,

Jika kita datang kepadaNya dengan dosa sebesar dan sebanyak penuh satu permukaan bumi.

Allah akan datangkan keampunan sebesar dan sebanyak penuh satu permukaan bumi.. selagi kita tidak menyekutukanNya”

~Allah itu “MAHA” pengampun~

Nurul: Moga sis terus istiqamah utk hari2 yg akan dtg..doa byk2 pada Allah,, moga trus diberi hidayah..tiap antara kita memg tiada yg sempurna..

Tetapi cubalah utk mncari ksempurnaan itu di mata Allah..moga dberikan kekuatan utk myatakan prkara yg sbenar kpd suami sis

Rabiatul: Saudari..masih ade sinar iman dlm hati awk..awk masih ade rase berdosa dgn kisah silam awk. Teruskn solat dan bertaubat.

Cume mgkin satu hari nti awk perlu berterus terang pd suami awk ats kesilapan awk diawal perkahwinan.

Sy doakn awk terus istiqomah dlm mencari taqwa..insyaAllah..

– lnaVie via IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published.