Luna Maya

Video: Menangis dan kecewa tak dapat sumbang pingat, netizen tetap bangga dengan mereka bertiga

“Hari yang sukar….” -Luahan Pandelela Rinong selepas acara terjun selesai

Hari ini kita menyaksikan ratu terjun negara, Pandelela Rinong telah beraksi di final 10 meter platform wanita individu dengan berada di kedudukan ke-12 dalam saingan kali ini di Olimpik Tokyo 2020.

Beliau yang dilihat agak ‘sibuk’ hari ini kerana mengharungi semi final pada sebelah pagi dan final di sebelah petang menunjukan terjunan yang baik dan semestinya rakyat Malaysia tetap bangga dengan pencapaian atlet tersebut.

Nak rehat sekejap

Dalam muat naik terbarunya di IG story seusai kesemua acara yang disertainya pada Olimpik kali ini, Pandelela mengakui hari ini merupakan hari yang sukar dan mengambil sedikit masa untuk berehat selepas selesai acara terakhirnya.

Dia juga dilihat sedang berendam didalam tab mandi bagi menenangkan diri buat seketika.

“Hari yang sukar. Rehatkan diri saya di sini dahulu. Akan kembali lagi nanti,” tulisnya.


Pada final 10 meter platform sebentar tadi, Pandelela dilihat melakukan sedikit kesilapan pada terjunan pertama sehingga menjejaskan kutipan markah.

Namun beliau bangkit pada pusingan kedua dan ternyata atlet-atlet dari negara lain turut sama berhempas pulas mengutip mata bagi meninggalkan lawan masing-masing.

Dalam acara tersebut, atlet muda dari China mendominasi acara apabila melakukan terjunan tanpa sebarang kesilapan dan telah meraih emas serta perak. Untuk pingat gangsa pula telah dimenangi oleh atlet dari Australia.

Sebelum ini, Pandelela turut bersaing dalam acara terun 10 meter platfrom seirama bergandingan dengan  Leong Mung Yee namun tidak melepasi pusingan kelayakan.

“Saya dah cuba.. ” – Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Netizen Tetap Bangga Dengan Farah Ann

Linangan air mata ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi ketika ditemu ramah oleh wartawan mengundang sebak rakyat Malaysia.

Rakaman video temu ramah itu kini viral di media sosial dan Farah, 27, dilihat tidak dapat menahan sebak kerana gagal ke pusingan akhir acara individu all around di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Farah menamatkan aksinya pada pusingan kelayakan keempat di kedudukan ke-53 keseluruhan, semalam.

Menurut Berita Harian, selepas mengharungi empat aparatus, Farah yang pertama kali beraksi di pentas Olimpik mengumpul keseluruhan 48.565 mata.

“Saya dah bagi segala-galanya yang saya boleh bagi…”

Meskipun tidak dapat beraksi di pentas final, Farah akui berpuas hati dengan prestasi yang dipersembahkannya. Dia yang ditemu ramah bagaimanapun tidak dapat menahan sebak kerana agak kecewa dengan persembahan pembukaannya.

Melalui video itu Farah berkata dia bersyukur dapat beraksi untuk Sukan Olimpik mewakili Malaysia dan telah pun berikan yang terbaik meskipun ‘landing’ dilakukan kurang memuaskan.

Saya rasa okay tapi landing jela, tak landing dengan bagus sangat. Tapi saya… (Farah dilihat tidak dapat menahan sebak).”

Farah kemudian terhenti seketika selama beberapa saat sebelum meneruskan kata-kata ketika ditemu ramah wartawan Astro Arena.

Saya sangat bersyukur saya dapat compete kat sini (Olimpik) hari ini dan saya betul-betul dah bagi segala-galanya yang saya boleh bagi.”

Saya berpuas hati dengan persembahan saya.”

Sedutan video itu diambil daripada laporan Astro Arena yang dimuat naik di Youtube di mana ia telah mendapat perhatian serta menjadi video ke-6 trending di platfrom tersebut.

Saya memang mahu cuba yang terbaik dalam pertandingan. Walaupun terjatuh saya ambil itu sebagai cabaran.”

“Layak ke Olimpik itu pun dah cukup membanggakan” – Netizen

Video tersebut telah mengundang sebak ramai netizen di media sosial kerana tidak dapat membayangkan kesedihan serta kekecewaan dirasai Farah sendiri.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Farah dan rata-ratanya setuju bahawa pencapaian Farah yang berjaya ke Sukan Olimpik 2020 itu pun sudah cukup membanggakan semua orang.

Antara komen netizen,

“The moment u were qualified to bring the name of our country to be an olympian was enough already to make the M’sians proud! Way to go Farah Ann!”

“Tak mengapa Farah Ann, kamu sudah buat kami cukup bangga.”

“Dapat bertanding di pentas Olimpik itu pun dah dikira pencapaian yang hebat.”

Tonton Video :

Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Aksi penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri sebentar tadi telah menarik perhatian ramai orang yang mengharapkan sebarang pingat yang boleh diperolehinya. Walau bagaimanapun, penerjun itu telah menamatkan saingan acara 3 meter papan anjal wanita individu akhir di tempat yang ke-empat.

Hal ini pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga walaupun gadis manis itu tidak mendapat pingat untuk sukan Olimpik keduanya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Video: Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Menerusi temubual sejurus selesai acara, air mata atlet muda itu tumpah dan membuatkan ramai warganet turut sama sebak apabila dia meluahkan rasa gembira kerana bangga dengan pencapaian diri yang mampu bersaing dengan atlet luar.

Menerusi perkongsian cuplikan video dari pengguna Twitter, dapat dilihat Dhabitah menangis sambil tersenyum apabila ditemu bual oleh wartawan Malaysia.

Dalam temu bual itu, atlet berasal dari Kuala Lumpur berkenaan memberitahu yang dia hilang keyakinan diri sebelum berangkat ke Olimpik.

Namun, setelah dapat melaksanakan terjunan dengan begitu baik dalam acara yang disertai, dia berasa sangat bangga dengan pencapaian diri berikutan perit getirnya selama menjalani persiapan ke Olimpik begitu terbalas.

“I nangis bukan sebab sedih tak menang, tapi sebab sangat bangga dengan diri saya…sebab semua ni sangat sukar. Saya hilang keyakinan sebelum Olimpik…semuanya. Sampai sebelum datang Olimpik pun saya macam tak pasti tentang diri sendiri.”

“Jadi, bila saya dapat perform..saya sangat bangga dengan apa yang telah saya lakukan..” kata Dhabitah.

Video: Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Justeru itu, namanya telah trending di Twitter dan rata-rata warganet memintanya jangan menangis kerana dia telah melakukan yang terbaik.

Video: Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Mereka juga sangat bangga dengan pencapaian atlet berusia 22 tahun ini kerana berada di kedudukan ke-4 dengan bersaing bersama atlet-atlet hebat dunia.

Video: Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Video: Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Video: Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Video: Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Dalam aksinya yang mengagumkan, ramai juga yang berpendapat bahawa atlet ini sentiasa positif ekoran senyuman sentiasa ‘melekat’ di wajahnya, walaupun ketika berenang.

Video: Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Rakyat Malaysia tetap bangga dengan Dhabitah

Dia juga dikatakan sentiasa nampak tenang dan menikmati persembahannya pada hari ini.

Tonton Video :

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *