Luna Maya

Baru 3 bulan beIi guna duit KWSP, wanita sedih kereta ‘totaI lost’ dibawa arus banjir akhirnya menerima kereta terpakai

Siapa yang tak sedih apabila kereta baru dibeli turut musnah akibat banjir yang melanda. Situasi tersebut antara ujian yang harus dilalui mangsa banjir susulan air naik secara mendadak di kawasan rumah mereka.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Perkara berkenaan  dialami sendiri seorang wanita dikenali sebagai Nuarjan Sulaiman apabila dia dan suami telah mengumpul duit selama 8 tahun termasuklah menggunakan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli kereta jenis Perodua Bezza buat keluarga.

Menerusi YouTube SelangorTV, Nuarjan memaklumkan mereka hanya sempat menggunakan kereta hasil titik peluh bekerja selama tiga bulan sebelum kejadian banjir yang menyebabkan kereta mereka dibawa arus deras.

Dalam pada itu, wanita tersebut juga sempat menceritakan bahawa sebelum ini mereka kemana-mana hanya menaiki motosikal suami ataupun meminjam kereta daripada orang lain.

Baru sahaja anak-anak seronok mempunyai kereta sendiri, bencana banjir telah membuatkan mereka sedikit sedih namun reda dengan ketentuan.

Menurut Nuarjan lagi, ketika air naik mereka hanya mementingkan keselamatan diri dan dokumen-dokumen penting apabila memanjat siling rumah serta menanti hampir 5 jam sebelum menerima bantuan.

Dia kini pasrah apabila kereta yang diparkir di hadapan rumah dibawa arus deras sehingga 100 meter dari kediaman dan berada dalam keadaan ‘total lost’.

Walau bagaimanapun, warganet yang menonton temu bual tersebut mengakui kagum dengan ketabahan wanita itu apabila masih lagi mampu ketawa sedangkan kereta miliknya sudah musnah disebabkan bencana.

Rata-rata daripada mereka juga mendoakan agar keluarga wanita tersebut terus dimurahkan oleh Allah S.W.T agar dapat memiliki kereta semula dan meneruskan kehidupan pasca banjir.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan mangsa banjir yang kehilangan keretanya setelah kenderaan keluarga yang baru dibeli lebih kurang 3 bulan musnah dirempuh arus deras di Hulu Langat.

Kisah tersebut telah mendapat liputan media khususnya SelangorTV apabila melaporkan berita itu.Mangsa banjir, Nuarjan Sulaiman memaklumkan dia dan suami telah menabung hampir 8 tahun untuk memiliki kereta sendiri selepas kerap meminjam dari kenalan andai mahu membawa keluarga ke mana-mana.

Walau bagaimanapun, kesedihan yang mereka rasai sedikit terubat apabila ada pihak yang sudi memberikan sebuah kereta terpakai sebagai ganti kepada keretanya yang telah musnah.

Hal ini turut dimaklumkan menerusi SelangorTV dan Nuarjan mengakui sangat terharu serta gembira dengan pemberian tersebut. Ketika menerima kereta itu, dia memberitahu ingin membuat kejutan kepada anak-anak setelah mereka kerap bertanya dimanakah kereta ayah mereka.

Disebabkan berasa sangat terharu, wanita terkenaan telah menitiskan air mata dan sangat berterima kasih kepada pihak yang sudi memberikan kereta buat keluarga mereka. Nuarjan juga menganggap apa yang diterimanya saat ini merupakan rezeki anak-anak setelah episod duka dilanda bah tempoh hari.

Baru 3 bulan beIi guna duit KWSP, wanita sedih kereta ‘totaI lost’ dibawa arus banjir akhirnya menerima kereta terpakai

Baru 3 bulan beIi guna duit KWSP, wanita sedih kereta ‘totaI lost’ dibawa arus banjir akhirnya menerima kereta terpakai

Baru 3 bulan beIi guna duit KWSP, wanita sedih kereta ‘totaI lost’ dibawa arus banjir akhirnya menerima kereta terpakai

Baru 3 bulan beIi guna duit KWSP, wanita sedih kereta ‘totaI lost’ dibawa arus banjir akhirnya menerima kereta terpakai

Baru 3 bulan beIi guna duit KWSP, wanita sedih kereta ‘totaI lost’ dibawa arus banjir akhirnya menerima kereta terpakai

Tonton Video:

Sumber:Ohmymedia, selangorTV

Leave a Reply

Your email address will not be published.