Luna Maya

“Ramai cakap wajah saya ada lras Tangmo” -lsteri Shuk

Sejak kes kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida menjadi perhatian media tempatan dan juga negara-negara jiran, ramai yang mulai mengaitkan sesuatu hal yang terjadi menyamai aktres tersebut.

RAKAMAN VIDEO TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja cerita tentang mendiang yang dikupas netizen di media sosial berhubung kematiannya yang agak tragis.

Tak hanya itu, ada beberapa nama selebriti serta pengguna media sosial di Malaysia telah dikaitkan dengan Tangmo Nida kerana dikatakan mirip pelakon Thailand tersebut.

Salah seorang yang mendakwa ada netizen mengatakan dirinya mirip Tangmo adalah isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera atau nama sebenarnya  Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Hal tersebut dinyatakan sendiri Sera menerusi aplikasi TikTok dengan memuat naik video ‘ala-ala posing’ ayu dengan busana berwarna hijau lembut.

Dia juga meninggalkan kapsyen dengan bertanyakan semula kepada netizen betul atau tidak wajahnya ada mirip mendiang Tangmo itu.

Walau bagaimanapun, ramai juga menyedari bahawa apa yang dibuat Sera itu adalah sekadar konten dan sudah tentu dia sendiri sedar yang wajahnya sama sekali tidak mirip dengan artis negara jiran terbabit.

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah mulai menyerang isteri pelawak tersebut kerana merasakan yang dia hanya ‘syok sendiri’ memandangkan semua tahu wajah Tangmo seperti apa.

Mereka juga meminta Sera tidak membuat konten seperti itu lagi kerana boleh memalukan dirinya sendiri.

Tonton Video : SILA KLIK SINI

Sumber: TikTok Rossa.Sera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *