Luna Maya

Setahun simpan duit kawen, pemuda pecah tabung berjaya kumpul jumlah yang amat mengejutkan ramai

Usaha setiap orang dalam menggapai impian sememangnya ada pelbagai cara. Semangat tersebut harus ditanam andai mempunyai target yang jelas dan yang paling penting tidak mudah berputus asa.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda yang gigih menabung selama setahun demi menghalalkan insan tersayang bagi dijadikan permaisuri dalam hatinya.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Shafiq Shaifullah, dia telah berkongsi kenangannya yang menabung selama setahun bermula dari Januari 2020 sehingga awal tahun 2021.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang bertanya tips bagaimana untuk menyimpan duit dengan tertib sehingga berjaya sepertinya.

Mereka juga kagum dengan semangat pemuda tersebut yang berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan impiannya tercapai.

Sumber: Ohmymedia, TikTok @double_s95

Leave a Reply

Your email address will not be published.