Luna Maya

“Tak Tahu Macam Mana Lagi Nak Buktikan Kitorang Ada Dekat Malaysia” – Amira Azmin

Salah seorang anak Azmin Ali menjelaskan bahawa keluarganya tidak mengikuti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam lawatan rasmi ke Turki.

Menteri kanan itu menerima kecaman semalam setelah dia melawat bangunan bersejarah, Hagia Sophia ketika berada di Turki

Pada mulanya terdapat dakwaan bahawa Azmin membawa keluarganya dalam lawatan itu.

Bagaimanapun anak perempuan Azmin, Farah Amira malam tadi cuba menjelaskan perkara sebenar menerusi media sosial.

“Tak tahu macam mana lagi nak buktikan kita orang dekat Malaysia,” katanya sambil memaparkan gambar dia dan adik-beradiknya di depan televisyen yang menunjukkan saluran TV3.

Dia juga menyiarkan gambar dan kapsyen yang sama di Instagram Story.

Tidak kelihatan dalam gambar itu adalah isteri Azmin, Shamsida Taharin.

Pemandu pelancong yang membawa Azmin mengelilingi Hagia Sophia pada mulanya menyiarkan di Instagram yang dia membawa menteri itu “dan keluarganya” di sekitar lokasi bersejarah itu.

Lelaki itu pada awalnya menulis di Instagram bahawa dia menjadi pemandu pelancong untuk Azmin dan “keluarganya”. Pun begitu, perkataan “keluarga” itu kemudian dikeluarkan.

Hantaran itu akhirnya dipadamkan daripada akaun Instagram

Netizen memberi reaksi terhadap twit tersebut antaranya

buka utube pun boleh je access mana-mana

kami nk tengok video ramai-ramai

Ciapan tersebut mendapat perhatian netizen. Setakat ini lebih kurang 3700 jumlah retweet dan  1100 komen.

 

Sumber Amira Azmin & Malaysia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *