Luna Maya

Maaf kan kami abg. Tak sangka selama ni kami anggap abg pemalas dan suka pinjam duit itu brsebab. Lepas abg mennggaI bru ak tahu

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Pertama sekali terima kasih buat admin sebab sudi siarkan kisah ini.

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri. Allah uji dengan berbagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Aku tak sangka dia pergi secepat ini. Aku tak sangka hayatnya sampai sini. 10 Sept, abang kandung aku, dalam usia 30 tahun, dia telah dijemput Ilahi.

Abang aku dia dah berumahtangga 7 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel berusia 1 tahun 8 bulan. Dia tinggal setaman dengan rumah mak abah.

Awal perkahwinan, segalanya berjalan dengan lancar, tahun demi tahun dia jadi malas bekerja. Kerja berhenti, kerja berhenti.

Ramai cakap dia pemalas, orang–orang taman, termasuk lah diri aku. Bersalahnya aku pada dia. Allah berd0sanya aku.

Bila oksigen kurang dalam badan, akan membuatkan dia rasa mudah penat dan mengantuk.

Aku ada baca mesej–mesej terakhir dia dengan mak, dia cakap dia str3ss dengan hidup dia.

Dan str3ss tu jugalah menjadi salah satu faktor peny4kit dia sem4kin teruk. Dia seorang abang yang baik. Orang selalu marah dia, tapi dia diam je.

Dia selalu buat lawak. Itu yang membuatkan hati ni rindu sangat. Benar kata orang, bila ada depan mata tak nak hargai, bila dah kehilangan baru menyesal.

Aku menyesal salah sangka dengan dia. Aku menyesal. 4 hari sebelum arw4h meninggaI, dia banyak kali jatuh tersadung, abah hantar dia pergi hospitaI.

Dia masuk zon merah. Bila dah stabil, dia di masukkan ke wad. Selang sehari, dia dah boleh balik.

Bila dia balik, keadaan dia tak seperti orang s4kit, cergas. Balik dari hospitaI dia terus betulkan tv yang rosak.

Sehari sebelum dia meninggaI dia rajin sangat, dia tolong bersihkan sampah–sampah dalam rumah. Siap dia buangkan sampah pampers anak aku. Baiknya dia.

Dia tak pernah membantah atau meIawan kata–kata mak. Walaupun kena marah–marah, dia tak pernah baIas.

Walau orang salah sangka dengan dia, dia tak pernah nak tegakkan diri dia, dia selalu mengiya kan apa orang cakap.

Aku ada baca mesej dia dengan mak. Mak suruh dia kemas laman rumah, dia buat. Dan mesej yang paling menyentuh hati aku bila dia cakap “Mak, Aus dah buat semampu Aus, Aus rasa semput Aus dah ser4ng, ubat Aus dah habis”

Beberapa jam sebelum dia meninggaI, dia betulkan tab akak yang dah rosak. Dia kemas laman rumah, Dia sapu sampah. Dia pam kan tayar basikal anak buah.

Dia bermain bergurau dengan anak–anak buah dia. Tak sangka, lepas ½ jam lepas dia masuk rumah, nyawanya dicabut.

Bakti terakhir dia tak dapat dilupakan. Dia baik. Tapi orang selalu salah sangka dengan dia. Dia dah buat yang terbaik.

Dia dah buat yang semampu dia, kudrat dia tak sama dengan orang normal, boleh bernafas dengan baik. Dia s4kit tapi dia tak tunjuk sangat yang dia s4kit.

Dia pend4m sendiri, Dia simpan sendiri, Dia tanggung sendiri. Maafkan aku Aus. Aku mohon kepada semua, tolong doakan arw4h abang aku.

Sedekahkan lah al-fatihah kepadanya. Mohd Firdaus Bin Zolkifli. Aku rindu kau. Maaf selalu abaikan kau.

Maaf salah sangka dekat kau. Semoga kau ditempatkan bersama–sama orang beriman. Aamiin.. Nasihat aku kepada semua, jangan mudah menilai orang.

Kita tak tahu apa yang ditanggung seseorang, sebab kita tak berada di tempat dia, hanya diri sendiri yang merasai.

Jangan lah jadi seperti aku, sepanjang hidup, aku akan rase menyesal sebab salah sangka dengan orang.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Semoga kita sentiasa menjadi h4mbaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. – Fa (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published.