Luna Maya

‘Ramai sayang Abam Viva’ – Tak sampai sehari buat akaun tiktok, follower cecah ratusan ribu

Populariti yang diperoleh Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dalam sekelip mata disebabkan kerja ikhlas yang dilakukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir benar-benar mengejutkan empunya badan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Walaupun dia tidak mengharapkan apa-apa penghargaan, namun ramai yang terharu dengan keprihatinan yang ditunjukan sehingga mendapat pujian rakyat Malaysia.

Mereka semua mendoakan agar pemuda berusia 28 tahun itu terus dimurahkan rezeki dan mengekalkan sikap merendah diri yang ditonjolkan.

Selain daripada menjawab soalan-soalan random dari warganet, Abang Viva juga ada menyentuh perihal hadiah kereta 4×4 yang ditawarkan kepadanya oleh seorang usahawan kosmetik tempoh hari.

Menurutnya, dia masih lagi berfikir dan hari Jumaat nanti baru berpeluang bertemu wanita itu untuk berbincang sama ada pemberian tersebut bersyarat ataupun tidak kerana ramai menasihatinya untuk menerima.

Jadi, melihat daripada respon orang ramai tentang tindakan murninya membantu orang ramai, kebanyakan pengguna Tiktok mengajak warganet yang lain untuk mengikuti media sosial Abang Viva agar dia boleh membuat live dan memperolehi pendapatan dari hasil live tersebut.

Untuk makluman, nama Azwan Omar viral selepas seorang pengguna Twitter memuat naik gambarnya yang sedang berehat sebentar selepas membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap dalam bencana banjir di Sri Muda dengan bot persendiriannya.

Dia yang datang dari Melaka dengan membawa Perodua Viva dan berbekalkan RM50 telah pergi ke kawasan-kawasan banjir untuk memberikan bantuan segera.

Dirinya bukan hanya mendapat pujian ramai, bahkan disebut dalam satu khutbah Jumaat tempoh hari sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan.

Terlalu ramai rakyat Malaysia yang menyayangi Abang Viva hero negara. Mana tidaknya, belum sampai sehari buat akaun tiktok miliknya sendiri, dah cecah 130 ribu jumlah pengikut.

Kepada yang mempuanyai akaun tiktok, jom sama-sama kita follow dan sokong usaha Abang Viva dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir.

Semoga segala urusan beliau dipermudahkan.

Tonton Video di bawah :

 

 

Sumber: Ohmymedia,TikTok @abangvivaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.