Luna Maya

Rupanya lni Sbb Kenapa Pemandu Tak Berani Tegur Kanak² Prmpuan ‘Bersantai’ Bawah TreIer yg Bergerak

Tindakan kanak-kanak yang bermain di jalan raya secara sesuka hati sememangnya boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Walaupun perkara ini sudah banyak kali menjadi perbahasan, namun hal tersebut agak sukar dikawal kerana ada sesetengah kanak-kanak memang sukar untuk dinasihati.

Perkara ini samalah seperti tularnya satu video yang diperoleh daripada aplikasi TikTok milik @dato69nadi77 apabila memuat naik situasi seorang kanak-kanak yang duduk di bawah treler yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Pastinya ia sangat membahayakan kerana bila-bila sahaja kanak-kanak tersebut boleh digilis andai tersilap langkah.

Dia juga dilihat dengan selamba duduk sambil menghayun-hayun kaki dia bawah treler tanpa sedikit pun perasaan takut.

Duduk siap hayun kaki, aksi kanak2 ‘bersantai’ bawah treIer buat ramai seram

Namun, ramai juga yang mempertahankan tindakan perakam video kerana kanak-kanak tersebut merupakan masyarakat Palauh yang ramai sudah faham benar dengan gerak geri mereka di sekitar Sabah.

Tonton Video:

 

Sumber: TikTok @dato69nadi77

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *