Luna Maya

Gempar! Pondan yg menyembunyikan Long Tiger turut ditahan

TANGKAK- Seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, 16 Desember lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu

berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.

“Suspek telah diambil oleh pihak polis di penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

“Jarak suspek dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Suspek telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan.

Oleh demikian kita mohon kerjasama orang ramai yang terlihat suspek atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera hubungi pihak polis.

“Bagi kes ini, seramai empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian,” katanya.

KLUANG – Dua anggota polis digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang berjaya meloloskan diri daripada tahanan lokap di Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua anggota itu digantung tugas sehingga siasatan kes berkenaan selesai kerana disyaki terlibat secara langsung atas kesalahan kecuaian yang menyebabkan tahanan itu berjaya melarikan diri.

“Sebelum ini kita ada panggil empat anggota untuk soal siasat dan hasil daripada itu dua daripadanya kita tahan (gantung) kerja kerana disyaki terlibat secara lansung atas kesalahan cuai. Walaupun mereka ini (dua anggota polis) tidak dituduh lagi di mahkamah, kita lihat kesalahan ini serius dan kita ambil tindakan untuk tahan kerja mereka.

Sebelum ini, media melaporkan suspek, Abdul Hamim Ab Hamid, 32, meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu utama mahkamah berkenaan sebelum lelaki itu dibawa menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, pihaknya juga telah menahan sepasang suami isteri kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Selasa

di Bukit Gambir, Muar kerana dipercayai terlibat melindungi Abdul Hamim selepas suspek tersebut berjaya meloloskan diri daripada tahanan mahkamah.

“Kita masih lagi mengesan Long Tiger ini yang mana kita percaya masih berada dalam kawasan Bukit Gambir, Muar dan sekitarnya.

Kita juga telah menahan sepasang suami isteri warga tempatan masing-masingnya berusia 41 dan 43 tahun kerana disyaki mengetahui serta bersubahat melindungi suspek ini.

“Kedua suspek ini telah direman selama empat hari bermula 21 Disember untuk membantu siasatan. Jadi saya ingin menyeru kepada orang awam untuk jangan sesekali melindungi suspek ini kerana dia sedang diburu, jika kita dapat maklumat ada yang buat juga kita akan ambil tindakan,” katanya.

Alor Setar: Lelaki Rohingya dikenali ‘Long Tiger’ yang berjaya ditahan hari ini didapati menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, dekat sini.

Ketika ditahan kira-kira jam 3 petang itu, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, dikesan sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah.

Menurut sumber, sepasukan polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan risikan menerima maklumat mengatakan Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah.

“Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke rumah terbabit namun penghuninya enggan membuka pintu dan ketika itu Long Tiger dilihat sudah memanjat bumbung untuk meloloskan diri.

“Anggota polis terpaksa memecahkan pintu dan mengarahkan Long Tiger turun daripada bumbung namun dia tergelincir dan terjatuh,” katanya.

Sumber berkata, akibatnya Long Tiger mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan kerana terjatuh dari bumbung rumah terbabit.

“Selain Long Tiger, polis turut menahan penghuni rumah terbabit yang juga seorang pondan berusia 40-an kerana didapati cuba melindungi lelaki dalam buruan itu,” katanya.

Untuk rekod, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, kira-kira jam 11.55 pagi

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri.

Difahamkan, satu sidang media khas akan dilakukan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay jam 12 tengah hari esok di pejabatnya.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *