Luna Maya

Lelaki Batal Niat Terjun Tingkat 31 Slpas Nampak lbu Bawa Nasi Berlauk

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang cuba terjun dari kren yang berada di tingkat 31 sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh di sini hari ini akhirnya lembut hati untuk turun selepas keluarganya memujuk dengan membawa bekalan nasi berlauk ke lokasi kejadian.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Sebelum menyerah diri, anggota balai bomba dan penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu mengambil masa empat jam untuk memujuk lelaki yang berusia 27 tahun itu.

“Semoga Allah swt beri mangsa tersebut ketenangan hati, kekuatan iman dan dipermudahkan segala urusan nya, dan ditetapkan langkah melalui jalan yg diredhai Allah swt” – Jamie

“Bila seluruh isi dunia membencimu…percayalah kasih seorang ibu shj yg kau perlukan…” – Ema

“Satu-satunya cinta yg aku percaya adalah cinta seorang ibu kepada anaknya – imam ghazali” – Qhamiez

“kasih dan cinta seorang ibu kepada anaknya tak kira la siapa pon anaknya ..saya doakan awak jadi orang berguna dengan kuasa dan hidayah Allah SAW dapat jaga mak awak sampai ke akhir hayatnya..Allah bagi peluang sebab sayang pada hambanya…aaaminnn” – Umie

“Xtahu apa masalah dia..cuma sy doakan semoga Allah permudahkan segala urusan beliau & dikurniakan hati yg tenang…” – Mashitah

“Kesian kt ibu dia, jahat mcm mana anak pun ttp syg sampai mati. Semoga mendapat ketenangan yg abadi. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Hargai kasih syg ibu.” – Tiza

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.