Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya
Jadi tidak hairanlah jika ada segelintir daripada kita fasih berbahasa asing selain bahasa Melayu betul tak?
Hal ini merupakan satu keistimewaan bagi sesiapa yang dapat bertutur lebih daripada satu bahasa.
Sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang mak cik fasih berborak bahasa Tamil dengan seorang rakannya mencuri tumpuan ramai.
VIDEO DI BAWAH SEKALI
Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang mak cik sedang berada di dalam kereta sambil berbual dengan seorang rakannya menerusi tingkap.
Difahamkan mereka berdua sedang berborak mengenai khabar keluarga dan memberitahu ada sahabat mereka meninggal dunia.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah mak cik itu bukan berborak menggunakan bahasa Melayu tetapi dia menggunakan bahasa Tamil dengan rakannya itu. Malah, dia juga dilihat sangat fasih dalam bahasa Tamil itu.
“Bayangkan how powerful Malaysian gonna be kalau semua rakyat pandai cakap Tamil, Mandarin” – Netizen
Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan memuji selepas melihat kebolehan mak cik itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 31.6K views, 583 retweets dan 1,059 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Tak sangka aku boleh tunggu sampai habis video
Maybe sistem pendidikan patut introduce belajar 3 bahasa
Makcik memang power
Sila tonton video :
Terbaik lah mak….speaking memang terer. Video lama.
? QasehMegat pic.twitter.com/py2PM44A7u
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) July 10, 2021
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!