Saya juga bawa semua pergi dobi. Lepas pada tu hari – hari saya tapau ja nasi kat kedai kawan saya bawa balik makan kat rumah, setiap malam pergi dobi.
Jangan kata saya tak nasihat, dah puas saya nasihatkan tapi dia boleh tengking saya dan jadi g4duh. Dia duk rumah pun rasa macam tak ada. Update fb lepak Starbuks la MCD la, buat macam orang bujang.
Saya dambakan isteri yang sentiasa ada di sisi macam ibu saya masakkan dan layankan bapak saya makan.
Kalau dia ada di rumah pun asyik pegang fon tengok live make up. Ya, saya akui, kalau keluar mana – mana orang asyik puji saya bertuah dapat isteri cantik tapi dorang tak tau cantik luarannya sahaja tapi aku yang merasa tekanannya.
Satu hari kami berg4duh besar, k3s saya tegur dia cuci peti sejuk sebab dah penuh dengan plastik air dan makanan bungkus sampai busuk peti.
Dia marah saya balik, cakap itu bukan keja dia, jadi dia minta orang gaji. Mana saya mampu.