Nampaknya, penderitaan yang dialami oleh seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia masih belum berakhir.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cik Pia di laman TikToknya baru-baru ini, dia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila anak yang baru dilakirkan terpaksa dibinkan nasab Abdullah gara-gara suaminya tidak memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara.
“Sedih sangat sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yang sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, Cik Pia turut meluahkan rasa bimbangnya apabila anaknya itu akan mempersoalkan perkara tersebut apabila sudah membesar kelak memandangkan dirinya dibinkan dengan nama yang berbeza dengan adik beradik yang lain.
Malah, Cik Pia mendedahkan dia sendiri tidak tahu lokasi sebenar suaminya terkini dan ia telah menyukarkan lagi urusan tersebut dilakukan.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Cik Pia terus tabah dalam menghadapi dugaan ini dan berharap agar urusannya itu sentiasa dipermudahkan.
“Heran dgn JPN sijil nikah ada sijil cerai ada adakah itu blm cukup bukit untuk ank itu di bin kn kepada bapaknya KLU ye pun bapaknya x boleh hadir untuk daftar kelahiran…. sebijik jln cerita Sya… akhirnya Sya pergi angkat sumpah kt pesuruhjaya sumpah untuk dibolehkan bin ank Sya…tpi maklumat bpk kosong dlm surat beranak ank…. memang kejam bpk MCM ni
Biarlah Tuhan tu ada” – Idah Haiqal
“Memang wujud. Pernah jumpa kes ni depan mata. JPN tetap tak nak tolong.. harap lepasni JPN boleh longgarkan undang2..kasihan anak tak bersalah jadi mangsa.. rasanya cukuplah dengan kemukakan SIJIL NIKAH dan SURAT CERAI.” – Achik
“Ya Allah kau permudahkanlah ibu ini.Cukuplah suami nya begitu hitam hatinya. Aku DOAkan pegawai di JPN tu ada yg bertolak ansur pakat bantu kerana perkahwinan mrk sah lagi suci.Jgn kau ambil kebahagian baby yg x berdosa.Aamiin aamiin aamiin ya rabbal Alamin.” – Pelangi
“Nti dh besar, anak tu msti confuse kenapa nama dia bin x sama dgn abg dia…dh besor nti kesian anak tu nk menjawab klu ade yg bertanya…boleh jd trauma klu dpt kwn yg buat andaian bukan²…ermm…bapaknyer jwb lah kt sane nti segala yg dia dh buat kt anak bini dia…allah…semoga kite semua dijauhkan dr perkara yg mcm ni.” – Syila
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Tiktok