Luna Maya

Suami memaksa aku carikerja sbb taknak bebankn dia. KIu aku mtk duitmakan msti dia tolak duit nafkah aku

Foto sekadar hiasan.Assalamu’alaikum semua, Aku Rosa (bukan nama sebenar). Umur dah nak hampir ke penghujung 20-an. Sudah berkahwin 4 tahun, tapi tiada rezeki anak lagi. Aku redha kerana kewangan aku dan psangan tidaklah terlalu stabil. Aku confess kat sini, hanya sekadar nak minta pandangan. Aku betul-betul rasa insan yang lansung tak berguna pada suami, pada mak dan ayah aku.

Aku suri rumah setelah hampir sebulan tidak bekerja kerana ada masalah di tempat kerja.

Nasib aku memang tak berapa baik setelah aku menamatkan pengajian diploma beberapa tahun lalu. Rezeki bekerja bagaikan susah nak lekat dengan aku.

Atau aku yang salah berfikiran begitu. Aku ingat lagi, dahulu jika wang gaji ku tidak cukup aku akan meminta pada suami duit makan, dia akan memberi tetapi wang nafkah ku akan ditolak dari jumlah yang dipinjam.

Sekarang sudah beberapa bulan wang nafkah tidak diberi, aku takut nak persoalkan pada suami.

Mungkin aku ada buat salah padanya, yang membuatkan dia berbuat demikian.

Tapi jika aku ada mengambil duitnya, aku selalu mendoakan rezekinya berlipat kali ganda lagi, walaupun dia tidak memberi wang pada ku.

Namun kini, setelah dia mengetahui, dia marah padaku, dan aku rasa seolah tidak mahu mendoakannya lagi, kerana sikapnya yang kedekut itu.

Ya Allah terasa jahat sekali berfikiran seperti itu. Kadang-kadang terfikir tentang lebih baik perpisahan dari berterusan seperti ini.

Kerana rasa seolah hanya menyusahkan suami menanggung aku. Suami aku sangat garang. Tetapi tidaklah sehingga lupa akan keperluan rumah.

Mungkin juga aku ini isteri yang tidak bersyukur. Kerana sifatnya yang garang dan suka menekan itu, membuatkan aku mudah berasa takut sekarang, mudah berasa stress, selalu rasa cemas.

Aku terlalu takut membuat kesilapan. Ada sahaja tak kena, selalu kena leter. Aku sayangakan dia.. tidak mahu perpisahan dalam masa yang sama seakan tiada jalan keluar lagi.

Apa yang patut aku lakukan. Segala kecaman aku terima.. Segala nasihat juga aku terima.

– Isteri tidak berguna (Bukan nama sebenar)

Ini antara respon netizen.

Farah. Sbg isteri, bukan tanggungjawab isteri utk bekerja. Tak wajib pun isteri bekerja utk byr itu dan ini…
Isteri hanya membantu meringankan beban suami.

Tak dosa pun tak bekerja. Skeptikal malay je skrg ni isteri seolah wajib bkrja utk support comitmnt suami. Suami puan tu yg wajib bagi duit nafkah utk puan. Wajib.

Shafiqah. Sebagai isteri awak ada byk benda boleh buat utk bantu suami. Saya assume awak muuslim. Antara yg penting ialah jaga solat, solat awal waktu, zikir, solat taubat, tahajud, sedekah walaupun seringgit.

Doa sungguh2. Jgn pandang rendah dgn amalan2 ni. Kita memang x nampak apa yg Allah nak bg. Kite x nampak hikmah dia. Belajar al-quran. Tadabbur. Rezeki Allah dah jamin. Xpyh susah hati fikir.

Suami awak pulak ada attitude dia yg xelok. Dia kena sedar sendiri utk dia berubah.

Itu memang susah la nak tolong. Nak ubah diri sendiri pun susah apatah org lain. Apa2 pun banyak kan bersabar. Doa jgn tinggal. Ibadah kena jaga.

Meena. mana ada awak tak berguna, suami controlling awak tu yg nak awk percaya yg awk tak berguna. dia xsuka tengok awk tak bekerja.

dia nak awk bekerja tanggung sebanyak mana yg dia tanggung. mungkin dia fikir awk mcm kawan2 je kot. Duit kau, kau guna, duit aku, aku guna.

Nak ada isteri/keluarga sendiri mmg tak mudah bg seorang lelaki yang faham akan tanggungjawab. Everything comes with a price and responsibility.

kalau lelaki tak mampu nak bertanggungjawab, tak payah kahwin, dulu. sila berpuasa saja. Apa yg dia tak faham ialah agama.

Semakin kedekut dia dgn tanggungan dibawah dia, semakin sempit rezeki dia. Walau bela kucing sekalipun perlu bertanggungjawab, inikan pula anak isteri, bukan main lepas tangan je.

Rafidah. Gaji 5-7k tp x cukup. Kedekut laki awk tu…tu psl gaji x berkat…jd x cukup. Sy single mum anak 2…gaji lbh kuranh asben awk…bole je sara anak, buat saving n tukar kete. Kuncinyer sy jgn kedekut dgn anak2 n mak sy.

Cempaka. suami x boleh kedekut dgn isteri, semakin byk diberi kpd isteri semakin ditambahkan rezeki…saya pernah tdk bekerja dlm 5 bulan..mmg stress, tapi suami tdk berkira, alhamdulillah cukup serba serbi … bila suami guna duit kita, kita kena reda .. insyaAllah dgn reda itu, Allah bukakan rezeki di mana2…

Shiela. Kesian nya sis.. macam dah ada anxiety tu.. isteri di bawah tanggungan suami.

Tino. Tak payah nak cerita tentang t’jawab suami,confessor ni dah sedia maklum..suami dia je yang buat2 tak tahu..

Salah satu penyelesaiannya,kena pergi kaunseling kat pejabat agama..kalau dia tak nak,ikhtiar lain pulak..last choice,tepuk dada tanya selera.Semua orang berhak hidup bahagia.

Wahidah.Puan perlu slow talk dengan suami. Mungkin masa weekend bila suami free. Bincang elok2 apa masing2 rasa. Cuba cari jalan penyelesaian dengan berbincang.

Mungkin tak boleh selesai dalam sekali perbincangan. At least lega bila luahkan perasaan. Tapi masa berbincang dua2 kene tenang.

Tak boleh guna “blame game”. Mulakah perbincangan dengan “saya rasa…., sebab….., ini cadangan saya untuk selesaikan masalah……

Sebab sekarang Puan ni rasa suami ni macam ticking bomb. Salah sikit kene bebel atau kene marah. Mesti Puan stress. Jadi tak boleh simpan lama2 melarat.

Suami kene sedar yang nafkah adalah tanggunjawab suami. Puan boleh tolong contoh kerja dari rumah tapi ini tak wajib. Puan perlu beritahu dia baik2.

Kalau dah bincang tapi tak selesai atau lagi teruk, komen2 dibawah boleh dijadikan panduan. Semoga Puan dilapangkan jalan.

Eita. Buat dropship je .. mmg nmpk kecik nilai komisen pd 1 brg .. tp percayalah .. rezeki tu dtg dr Allah .. jgn terlalu bergantung harap dlm keadaan kita susah ..

xde siapa yg akan membantu kita melainkn diri sdri .. puan bangkit lah .. solat mlm utk hbgn puan suami isteri..

solat mlm utk rezeki puan,hati rohani puan sihat sentiasa .. dan bersangka baik lah .. apa yg berlaku skrg ada hikmah nya .. sy doakan puan dpt kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published.