Luna Maya

Sampainya hati anak² mak, mak duduk rumah sebelah je, langsung tak pernah nk ajak bbuka puasa bersama

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Sebelum itu terima kasih min kerana sudi siarkan cerita saya. Maaf kalau panjang sangat. Saya harap semua baca sampai habis, untuk pengajaran semua. Saya anak sulung. Mak ayah masih ada. Suami anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Semua pun dah kahwin. Lepas berkahwin saya tinggal dengan emak mertua. Bapa mertua dah lama mngal, saya tak sempat kenal pun.

Saya tak kisah tinggal dengan emak mertua sebab suami pernah cakap dia nak jaga mak dia sampai akhir hayat mak dia. Mak mertua saya dah umur 65 tahun. Dah tak larat sangat pun. Saya tak kisah penuhi hasrat suami untuk sama-sama jaga mak mertua.

Tapi, yang buat saya terkilan adalah sikap adik-beradik suami. Semua dah berkeluarga dan ada yang dah bercucu pun. Tapi, diorang tak peduli kat mak diorang ni.

Boleh bayangkan tak, adik-beradik suami semua tinggal dekat2 dengan rumah mak mertua saya. Jarak paling jauh adalah rumah anak yang sulung – 10km dari rumah mak mertua. ‘Jauh sangat’ kan? Yang paling dekat, sebelah rumah je. In fact, bukan sebelah rumah pun, tapi rumah yang sama, cuma ada 2 pintu.

Tapi, sepanjang bulan puasa ni, tak de sorang pun sudi balik berbuka puasa dengan mak diorang ni. Sahur lagilah tak ada. Kakak ipar yang duduk sebelah rumah ni pun, tak pernah berbuka dengan mak mertua saya ni.

Saya pernah tanya suami, kenapa tak ajak kakak ipar yang sebelah rumah ni berbuka dengan mak. Dia cakap malas nak tanya nanti bermasam muka. Aik? ajak berbuka makan sama-sama pun boleh masam muka ke? Pelik sungguh.

Tapi, kalau baca kat whatsapp group kemain sorang-sorang. Share pasal quote ustaz betapa pentingnya doa seorang ibu lah, kewajipan menjaga kebajikan ibu lah, cara bahagiakan ibu lah.

Masing-masing berlumba-lumba share quote2 berkaitan ganjaran menjaga mak. Tapi, realiti tak de sorang pun buat apa yang diorang baca tu. Hip0krit much

Saya dah suami dah 7 tahun berkahwin. So, perangai adik-beradik diorang ni saya dah nampak jelas. Ada anak yang hidup mewah. Tapi, bila time raya, takde pun nak bawak mak beraya sama.

Semua kat rumah masing2. Tinggallah mak mertua tu dengan saya dan suami tunggu anak2 yang lain ni datang. Datang ye, bukan balik. Ada beza datang dan balik.

Kalau balik at least tido la umah mak tu. Ini datang dalam sejam dua, air pun berhidang macam tetamu. Lepas tu pakat2 balik semua orang.

Masuk ni, dah 7 tahun jugak saya tak beraya dengan mak ayah saya. Raya pertama je kat rumah mertua. Every year without fail. Awal2 saya tak kisah.

Tapi, dah masuk tahun ke 7 ni, saya dah mula rasa meluat. Mak ayah saya hidup lagi. Saya anak sulung. Tanggungjawab kat mak ayah, saya tak dapat jalankan dengan baik sebab sibuk fikirkan hal mertua.

Tahun ni, saya cakap kat suami, saya nak hari raya pertama kat rumah parents saya. Boleh agak tak apa yang jadi? Of course kami bergaaduh. Suami tak nak sebab alasan dia nanti mak dia tinggal sorang.

Ehhh adik-beradik tu semua ada sekeliling rumah mak je. Apa salahnya ‘serahkan’ kejap tanggungjawab jaga mak tu sehari dua masa raya ni.

Mak mentua saya pun bukanlah tak boleh berjalan langsung. Masih gagah lagi cuma gagah orang tua la. Bukanlah yang kena kawal 24 jam, makan bersuap pun. Itupun tak de anak2 yang nak amik mak ni.

Boleh bayang kalau mak ni dah terlantar tak boleh gerak? Lagilah tak da yang nak jaga.

Saya bekerja dan gaji saya lebih besar dari gaji suami. Setiap bulan, saya yang keluarkan belanja lauk. Saya siap bagi duit poket lagi kat mak mertua.

Kat mak ayah saya sendiri, duit yang saya bagi tu la duit lauk, tu la duit yang diorang nak guna buat bayar benda2 lain. Sedih kan?

Saya dah bosan. Saya letih, penat, meluat, menyampah dan macam2 lagi perasaan bercampur baur. Pernah terfikir nak berpisah dengan suami supaya saya dapat berbakti sepenuhnya pada mak ayah saya. Tapi, entahlah.

Nasihat saya, jagalah mak korang baik2. Mak hidup lagi la kena hargai. Hargai mak tu bukan dengan cara berdoa kat whatsapp tapi, buat dengan perbuatan.

Saya ni menantu dalam keluarga ni. Nak tegur kang, jadi lain pulak. Tolonglah doakan saya dapat berbakti kat mak ayah saya ye.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyedihkan, baca perkongsian di bawah

Selalunya kita akan dengar kisah anak derhaka. Dosa besar jika kita buat mak sedih hingga jatuhkan air matanya. Tapi tak semua orang bertuah punya mak yang baik, yang akan selalu mendoakan kebahagiaan anak-anaknya.

Jika orang tengok keluarga kami pada dasarnya, semuanya indah. Aku tetap bersyukur lahir dalam keluarga ini. Ada abah dan mak yang bertanggungjawab, yang bela dan sediakan keperluan kami secukupnya.

Abah aku seorang kakitangan kerajaan manakala mak jual nasi lemak bagi membantu abah. Aku pula anak ke3 dari 4 orang adik beradik.

Kami berempat membesar dengan pendidikan yang sempurna, mendapat pekerjaan dan sudah berkahwin. Abah mngal semasa umurku 23tahun.

Dari kecil memang dah cukup masak dengan sikap mak. Seorang yang tegas, garang dan tidak ada seorang pon yang boleh tegur kesilapan dia. Selalu juga gduh dengan jiran-jiran.

Puncanya suka bawa mulut cerita orang. Namun masa kecil, tak ambil pusing sangat hal-hal orang tua.

Dari kecil mak suka bandingkan anak-anak. Anak yang pandai, mak akan cakap anak mak. Yang kurang pandai macam aku selalu jadi anak abah.

Mak paling sayang kakak sebab masa kecil kakak pandai dan comel. Aku yang agak gempal ni selalu saja makan hati.

Mak pula seorang yang suka bercakap tanpa pedulikan hati sesiapa. Dan mak juga tidak suka komunikasi dua hala. Maksudnya, mak takkan mahu ambil tahu apa perasaan kita. Yang mak selalu pesan, anak-anak kena jaga hati mak sebab mak yang lahirkan anak.

Setelah kem4tian abah, mak jaga anak-anak aku dan berhenti jual nasi lemak. Sikap mak yang kurang enak sebelum ni aku tak ambil pusing sangat sebab masih ada sikap mak yang baik.

Selama jaga anak-anak aku, semuanya terurus dari segi makan dan pakai macam kami kecil-kecil juga. Cuma dari segi emosi, memang stress sebab mak bandingkan pula dengan anak-anak kakak aku.

Katanya anak aku tak comel la. Tak pandai la. Macam-macam lagi la. Kadang-kadang suami pon naik geram dengan apa yang mak cakap.

Rezeki aku dan suami, dapat naik pangkat setelah anak ke 3. Allah buka pintu rezeki dan kedudukan kewangan kami lebih baik dari kakak. Mak tak puas hati bila tengok aku lagi senang dari kakak.

Suami aku pula lebih rajin dan penyayang dari suami kakak. Mak suka benar bandingkan kami. Bagaimanapun, aku dan kakak tak pernah ada masalah. Tak pula kami irihati sesama kami.

Satu hari mak jatuh saakit (lumpuh). Kami ber4 bergilir-gilir jaga mak. Menantu pon, alhamdulillah semua ikhlas jaga mak.

Tapi, sikap mak maakin menjadi-jadi. Mak macam langsung tak redho dengan saakit yang menimpanya. Macam-macam yang kami kena hadap masa jaga mak. Asyik meng4muk, semua tak kena dimatanya.

Sampai dia salahkan Tuhan sebab bagi dia lumpuh. Hari-hari nak bvnvh diri. Nauzubillah. Bukannya tak pandai agama, tapi entahlah mungkin tertekan masa tu. Aku dan kakak yang banyak jaga mak masa saakit.

Bila mak dah mula boleh jalan, kami ingat mak akan berubah. Namun mak tetap sama. Suka bercakap yang kurang enak dengan anak menantu, dengan jiran dan dengan siapa saja. Bila cakap hanya dia saja yang betul.

Mak juga suka bangga dengan duit yang dia ada. Amat ketara selepas s4kit. Padahal duit yang ada adalah dari pencen abah.

Segala harta yang abah tinggal semuanya kami pindah ke nama mak. Kalau tak, bising dibuatnya. Cuma duit insurans abah saja mak bagi kami.

Sekarang ni mak selalu fikir kami anak-anak tak sayang dia. Mak set dalam fikiran dia, anak-anak tak mahu bela dia sebab dia s4kit. Dia buat pula macam dalam drama-drama anak derhaka.

Mak tinggal sorang dirumahnya. Bila kami ajak tinggal dengan kami, dia taknak. Bila bawa makanan dia taknak makan. Sangat cerewet, sudahla taknak makan, complaint pula macam-macam. Semuanya tak kena.

Lepas tu cerita pula pada jiran-jiran yang kami tak ambil kisah hal dia. Mak lansung tak pernah hargai apa yang anak-anak buat untuknya. Terima kasih jauh sekali.

Namun sampai saat ini, anak-anak semua masih sayangkan mak. Katalah apapun, kami tetap balik jenguk mak. Call je minta apapun, kami tetap akan usahakan. Maaki lah apapun, kami tetap sayang mak.

Sehingga kini mak masih macam tu. Tersilap cakap, sentap dan mula doa yang tak elok untuk kami.

Buat para ibu yang membaca coretan ini, janganla status ibu itu buat kita jauh dari anak-anak. Hormatlah perasaan anak-anak, hargailah mereka. Selagi anak-anak hidup berlandaskan agama maka bersyukurlah.

Terimalah teguran dari sesiapapun kerana selagi ada yang tegur, maka kita dapat betulkan apa yang salah pada diri kita. Sentiasalah doa yang terbaik buat anak-anak kita. Jika kita mahu disayangi maka kita perlu menyayangi semua orang.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Shima Salleh, Kat sini sbnarnya bkn masaalah mertua kau atau ipar kau.. tapi laki kau yg bermasaalah.

kau yg kena bgtahu dia, mak sy hidup lg tau. dh adik beradik awak xnak jaga xnak tengokkan mak awak, mai la balik kg sy bawa mak sekali. Kalau awak xnak blik bg sy balik dng anak2… titik. jng nk lembek sngat.

N sementara kau boleh sabar bgtahu siap2, takut dh duk banyak pendam esok jd crai berai pulak. mulut ada kan ckp la. gduh pun gduh la janji benda tu sampai masuk dlm kepala otak laki kau.

Sha Diana, Ada yg fesyen dlm umah plk xambik tahu hal parents..tggu yg jauh jgk blk bwk p hspital.. Adeh Mcm2 hal..

Klu aq jd ko la sis lantak lh laki nk blk ke xnk blk aq start je kereta blk umah makayah aq.. Ingt org gaji ke nk kena hadap 24jam..mcm xde adik beradik lain.. Bnyk cantik.

Raisha Sofia, sis awk kna bijak skit smp tiap2 thn xpnh blik brya kt umh mak ayh sdri.7thn sis awk beralah…sptutnya somi awk xmo bckp sdri dgn ipar duai awk baik awk jela ckp.

klu mcm ni klu bab hrta smua cpt smua nk klu bab jga mak pak smua brkira.awk ni istru yg baik kn…klu sy dh lma berapi.sptutnya,awk dh blh brsuara dh apa yg xpuas hti.

lgi 1 klu somi xmau blk umh mak ayh kta bwk jela ank2 blik sdri..kta ni kwen bkn bmknanya mak ayah kta kna buang..igt kta nnti pn bkl jdi ayh dan mak mrtua…bela ank bsr2 ank xigt ke mak pak..

Azie Azim, kalau awk xde masalah dgn mil. awk bawa je mil beraya ke rumah parent awk..tp minta izin dulu lah dgn parent awk sblom bawa mil tu sbb dah suami risau sgt mak dia tggl sorang². suami awk pun satu mslh jgk..

langsung tak boleh bertolak ansur dgn isteri..kalau sy, mau dah meng4muk..7 tahun dah kot x dpt blik raya rumah mak bpk sndiri.

Aini Ali, Kisah sy mcm tt jgk…19 tahun tak pernah raya pertama rumah mak ayah sendiri…mesti rumah mertua padahal sebelah rumah je…rumah mak ayah sendiri jauh di mata….

mmg terasa sgt2,teringin sgt nk raya pertama d rumah mak sendiri….tahun ni lg la…tak dpt pulang beraya di rumah mak sendiri…

Selalu cakap pd mak sendiri,jgn mak kecik hati…kita mmg sentiasa nak bersama mereka….tapi itulah….tak ada kata2 nak digambarkan perasaan ini.

Aiman Tina, Mmg ada adik beradik yg bgini… smu nk llps tgn drp nk mnjaga mak bapak – dia tolak dia… Tapi…… Cer bab bg harta smua mnderu dtg urut peha kaki mak bapak.

Yg alasan jauh PKP pun sanggup redah, yg alasan ank xsdh2 dgn sekolah tusyennya elok je monteng, yg s4kitpun bole blari…byk blaku n pengalaman.

Asma Wati, Tahun ni dan tahun lepas tak boleh rentas negeri atau daerah. PkP ni hikmah besar buat TT, ada alasan kukuh tak balik beraya kat rumah parent sendiri.

Wbagaimanapun, kalo boleh balik beraya, angkut jer lah mak mertua tu sekali beraya. Kalo suami tak nak ikut, tinggalkan jer. Berlaku adil tu tuntutan agama.

Julia Amir, Satu je nak ckp mak bapak ko ada 1 je dalam dunia ni. Laki boleh carik. Sabo betul ko ye 7 thn i cannot brainlah.

Kalau aku ikut turn. Tak nk ikut turn, aku raya rumah mak aku ko raya rumah mak ko. Habis cerita. Org lain raya ngan batu nisan mak pak diaorg pun dah happy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *