Luna Maya

“Papa Mama Amat Sayangkan Kamu Syamsul..” – Datuk Yusof Smpai Menangis Pohon Sarah Pertahankan Rumah Tangga

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana apabila membuat pendedahan rumah tangga yang dibina diganggu oleh pihak ketiga.

RAKAMAN VIDEO DATUK YUSUF MENANGIS ADA DI BAWAH SEKALI

Malah sempat timbul juga dakwaan lain mengatakan suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi namun tiada sebarang kenyataan boleh disahkan.

Jelasnya, tak dinafikan berita sensasi yang sedang heboh kini membuatkannya juga terasa namun sebagai orang tua hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak serta menantu.

Walau bagaimanapun, jauh di sudut hati beliau berharap segala ‘gosip’ tersebut tidak menjadi kenyataan kerana cukup sayangkan rumah tangga Syamsul dan juga Sarah.

Setakat ini, hubungan anak beranak tersebut difahamkan masih lagi dalam keadaan baik. Datuk Yusof juga tetap dengan pendirian enggan beri komen menyebelahi sesiapa dan selesa untuk ‘tutup mulut’ sahaja.

Namun pengarah filem tersebut mula sebak apabila tinggalkan pesanan supaya menantunya Sarah terus kuat dan pertahankan rumah tangga selagi boleh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terharu mendengar kenyataan yang diberikan beliau.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan Datuk Yusof Haslam yang bersikap neutral dan bijak menjawab soalan-soalan diberikan wartawan.

Tonton Video Penuh :

Sumber Melodi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *