Luna Maya

Pemergian anak soleh, meninggaI dunia kemaIangan slps laungkan sebelum lbu berangkat ke Mekah

Runtun jiwa warganet apabila mendengar kisah pemergian seorang remaja, Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli yang maut akibat kemalangan jalan raya di Kampung Bukit Gedong, Melaka tengah hari semalam.

RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ITU ADA DI BAWAH SEKALI

Lebih menyedihkan apabila remaja berusia 19 tahun itu baru sahaja mengiringi ibunya Norzaini Akasah yang berangkat ke Tanah Suci Mekah dengan laungan azan di rumah mereka pada Isnin.

“Doa mengiringi keberangkatan seseorang yang bergelar ibu untuk ke Tanah Suci – Muhammad Azizul Haikal bin Zulkefli – terima kasih Haikal kerana menjadi anak yang soleh yang baik untuk kakak Achik,” tulis Ell.

Video lain pula memaparkan tangkap layar perbualan ibu Haiqal di WhatsApp yang reda dengan pemergian anaknya dan menitipkan doa dari Masjidil Haram agar Allahyarham ditempatkan di syurga abadi.

“Ibu kat Masjidil Haram. Ibu doa nanti bidadari syurga jaga adik (panggilan arwah). Adik dah penuhi janji pada Rabbnya. Sampai dah waktu dia balik pada yang berhak.

“Ibu reda, halalkan makan minum adik. Maafkan segala salah silap adik. Ada bidadari tunggu adik kat sana,” kata ibu Haiqal dalam group WhatsApp ahli keluarga.

Sementara itu, Ell turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham sudah selamat dikebumikan sekitar jam 2 pagi tadi sambil diiringi oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat.

Semua perkongsian video tersebut mengundang sebak warganet yang mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Memetik laporan Kosmo! Online, motosikal ditunggangi mangsa terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kereta di persimpangan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @ellellell7 , Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published.