Luna Maya

Semakin berpanjangan! Siti Nordiana hantar wirit saman tuntut 2.5 juta dan memohon maaf di media dari mereka ini

KEMELUT antara Siti Nordiana dengan Lan Solo dan Syura memasuki episod baharu selepas peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan lima anak guamnya menerima writ s.aman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.

Menerusi tuntutan s.aman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

“Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ s.aman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin),” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

Semakin berpanjangan! Siti Nordiana hantar wirit saman tuntut 2.5 juta dan memohon maaf di media dari mereka ini

Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang.

“Selepas ini akan ada sesi pengurusan k.es yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

“Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.

Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ s.aman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin).

ALAN RAZAK

PEGUAM MEWAKILI LAN SOLO, SYURA DAN TIGA INDIVIDU LAIN

“Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explorekebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Semakin berpanjangan! Siti Nordiana hantar wirit saman tuntut 2.5 juta dan memohon maaf di media dari mereka ini

Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Untuk rekod, ko.ntrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya. – Mstar

Terdulu “Kami Sedia Beri Kerjasama Andai RM1 Juta Itulah Nilai Persahabatan…” – Isteri Lan Solo Luah Perasaan

Semakin berpanjangan! Siti Nordiana hantar wirit saman tuntut 2.5 juta dan memohon maaf di media dari mereka ini

Isteri penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim meluahkan perasaannya berdepan k.ontroversi melibatkan penyanyi Siti Nordiana yang juga bekas sahabat baiknya.

Menerusi luahan Sheila di ruangan Instagram (IG) Story, dia seolah-olah terkilan apabila luahan bersama tiga rakan yang lain termasuk suami dimanipulasi.

“Lama juga saya berdiam. Saya biarkan segala kec.aman, c.aci m.aki terhadap kami. Sehingga episod kem.atian bapa mentua diejek-ejek.

“Walau masih ada yang waras berfikir mereka juga dik.ecam! Saya sudah jangka luahan kami dimanipulasi.

“Kalau bukan kerana adanya pr.ovokasi yang dimulakan, pasti semua ini takkan terjadi. Saya manusia biasa dan punya perasaan bila asyik diasak soalan-soalan pr.ovokasi yang saya kadang-kadang tak mampu nak kawal.

“Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan kenapa kami diperlakukan begini. Senyap…sunyi…sepi,” katanya.

Sheila turut menjelaskan tentang RM200,000 yang dituntut Siti Nordiana bersama-sama dengan tuntutan permohonan maaf yang dihantar kepada mereka.

Dedahnya, pihak Siti Nordiana hanya menyatakan menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh masa 24 jam kepada media, tetapi tidak menjelaskan ia berserta jumlah wang RM200,000 yang perlu dibayar mereka.

“Kami sedia beri kerjasama. Kalaulah nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan,” katanya.

Semakin berpanjangan! Siti Nordiana hantar wirit saman tuntut 2.5 juta dan memohon maaf di media dari mereka ini

K.ontroversi di antara enam sahabat ini menjadi perhatian ramai apabila nama Siti Nordian disebut dalam IG Live di IG melibatkan penyanyi Lan Solo, Sheila, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Siti Nordiana kemudian melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

Penyanyi dan pelakon tersebut meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.

Tuntutan saman akan difailkan kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *