Luna Maya

Siti Nordiana sakit tekak ke? Netizen persoalkan persembahan Siti Nordiana

Kuala Lumpur: Persembahan penyanyi Siti Nordiana menerusi lagu Angkara yang agak kurang bermaya di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), malam ini mengundang tanya tanya pelbagai pihak.

RAKAMAN VIDEO NYANYIAN SITI NORDIANA MALAM TADI ADA DI BAWAH SEKALI

Rata-rata warganet termasuk kalangan penggiat industri menerusi media sosial menyatakan perasaan hairan selain bersimpati terhadap penyanyi itu.

Ini kerana Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, bukanlah asing dengan pertandingan ini. Tahun lalu, Nana berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM 34)  menerusi lalu Hatiku Milikmu dan turut berduet dengan Khai Bahar menerusi lagu Satukan Rasa.

Tidak ketinggalan melahirkan kehairanan terhadap persembahan Nana ialah penyanyi Azmeer Arif.

“Awat (kenapa) Nana menyanyi macam tak bertenaga. Tak macam biasa dia nyanyi, tak sihat ke?,” tulisnya di Facebook.

Teringat Nabila Razali tahun dulu punya AJL

Lagu Pelukan Angkasa juara AJL36, bawa pulang RM100,000 & trofi bersalut emas

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC) sebenar tadi.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

**** merangkul trofi bersalut emas dan wang tunai RM100,000. Naib juara pula milik lagu Cinta nyanyian Marsha Milan ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim meraih trofi serta wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula memperlihatkan lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli membawa pulang trofi dan wang tunai RM30,000.

Vokal memukau Aina Abdul dengan lagu Sepi pula berjaya diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dengan merangkul trofi serta wang tunai RM12,000.

Bagi kategori persembahan terbaik pula, lagu Cinta nyanyian Marsha Milan membawa pulang trofi serta wang tunai RM12,000 selain RM6,000 daripada penaja utama NOIR Beauty Essence.

Acara penuh berprestij berkenaan turut diserikan dengan persembahan Mas Idayu, Jamal Abdillah, Ayda Jebat dan kumpulan Wings.

AJL36 dihoskan pengacara Alif Satar dan Nabila Huda dengan kehadiran 200 tetamu khas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tonton Video:

 

Sumber HM, Facebook, Twitter

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.