Luna Maya

“Siapa dia ni, Sibuk..”- Minta Jaga Aurat Arwah Adibah Noor, Siti Kassim Tempelak PU Haris

Berhubung pemergian penyanyi Adibah Noor pada Sabtu lalu, pendakwah bebas Haris Ismail ada menegur orang ramai supaya tidak berkongsi foto Allahyarham yang tidak menutup aurat.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, terdapat individu yang kurang senang dengan teguran diberikan suami kepada selebriti popular Neelofa itu termasuk peguam dan aktivis Siti Kassim.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, dia berkongsi tangkap layar laporan mengenai teguran Haris itu sebelum meminta pendakwah tersebut menjaga tepi kain sendiri dan tidak mengulas tentang isu berkenaan.

Ciapannya yang menempelak Haris menarik perhatian warganet dimana terdapat individu tidak bersetuju dengan kata-katanya, malah ada juga segelintir meninggalkan sindiran bahawa pendakwah itu tidak layak memberikan nasihat.

BETUL LA KATA HARRIS TU SIS

 

TEGUR DIA & ISTERI JANGAN TAYANG KEMEWAHAN

DIA TEGUR BENDA BETUL KENAPA NAK MARAH?

SEMOGA KITA SEMUA DIBERI PETUNJUK

JAGA ISTERI SENDIRI DAH LAH..

Ini Ciapan Dari Siti Kassim

Terdahulu menerusi laporan mStar Online, Haris atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, cukup sekadar sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Saya mohon kepada semua yang mengenali arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat. Cukup sekadar sedekah Al-fatihah.

“Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu. Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa sekian. Salam,” katanya.

Sumber: OhMyMedia,Twitter Siti Kassim

Leave a Reply

Your email address will not be published.