Luna Maya

Jari Dibaham Singa Hingga Putus, Padah Tunjuk Lagak Ngeri Masuk Tangan Dalam Sangkar

Jari seorang pegawai zoo terputus sepenuhnya selepas tunjuk lagak ngeri masukkan tangan dalam kandang singa.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Seorang lelaki tunjuk lagak berani masukkan tangan ke dalam kandang singa kononnya untuk membelai dan mengusik ‘kucing besar’ yang garang itu. Malangnya, dia menyesal apabila haiwan tersebut mengigit jarinya hingga putus.

Menerusi video yang disiarkan di Twitter baru-baru ini, salah seorang pegawai di Zoo Jamaica dilihat telah memasukkan jarinya ke dalam sangkar singa yang diikat dan dirantai di hadapan lebih kurang 15 orang pengunjung.

Menurut Daily Star, pada awalnya dia tidak menghiraukan ngauman haiwan pemakan daging itu, malah turut bertepuk tangan sebelum menjerit dengan kata-kata makian selepas jarinya dibaham oleh singa tersebut.

“Namun, apabila dia rebah ke tanah, barulah orang ramai termasuk saya merasakan bahawa ia adalah perkara serius dan semua mula panik,” kata salah seorang pengunjung yang berada di tempat kejadian, lapor Daily Star.

Walaupun telah diserang, pegawai zoo tersebut masih boleh berjalan menuju ke kereta sebelum beredar dengan memandu sendiri kereta tersebut.

“Keseluruhan kulit dan juga sendi jari pertamanya telah hilang dibaham singa tersebut. Namun, ekspresi wajahnya seperti tidak sakit langsung.

“Kerana tidak boleh melihat darah, saya dengan pantas beredar dari kawasan itu,” kata seorang lagi pengunjung, lapor Daily Star.

Difahamkan juga, wakil dari zoo tersebut tidak mengetahui mengenai kejadian tersebut, namun pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Jamaica sedang menyiasat tragedi berkenaan.

Pengarah urusan, Pemela Lawson berkata, mereka akan pergi ke tempat kejadian dan bercakap dengan Agensi Alam Sekitar dan Perancangan Kebangsaan yang bertanggungjawab menjaga dan mengawasi Zoo Jamaica.

Selain dari singa, zoo yang terletak berhampiran dengan Santa Cruz itu juga turut mempunyai haiwan-haiwan liar lain seperti kuda belang, buaya dan llama.

Tonton Video:

Sumber SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *