Luna Maya

Kami dah beritahu ikan siakap ltu bersaiz mega, tetapi customer tetap nak order’ – WakiI restoran tampil beri penjelasan

Susulan viral luahan pengadu mengenai harga tidak munasabah bagi seekor ikan siakap RM1,196.80, wakil dari restoran berkenaan tampil memberi penjelasan.

Syikin Musa berkata, dia sendiri pada hari kejadian sudah menjelaskan kepada pengadu mengenai saiz ikan tersebut dan menasihatkannya untuk memilih ikan lain untuk dimakan. Namun, nasihat itu tidak diendahkan.

“Saiz ikan di dalam lebih kecil lebih kurang 1.00 kg – 1.5 kg sahaja. Tetapi pihak customer masih lagi mahu mengambil ikan siakap show walaupun telah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega.

“Apabila pihak kami telah menangkap ikan siakap menggunakan tali pancing, kami memanggil beliau untuk melihat saiz ikan semasa beliau di meja makan. Tetapi beliau menolak, dan beritahu kami proceed dengan ordernya.

“Ada yang mempersoalkan harga telur dadar yang mahal sebenarnya, satu pinggan ada 3-4 biji telur. Telur itu bersaiz besar dan saya rasa harga itu normal disebabkan perniagaan kami di floating restoran mengambil kira kos yang perlu dikeluarkan.

“Berkenaan orang belakang yang juga dikatakan pasrah dengan bil juga, mereka memesan hidangan lobster 950g (hampir 1 kilogram), ketam, ikan kerapu harimau.

“Dan berkenaan dengan harga yang dikatakan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yang dijual di restoran adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin RM9/gram tetapi kami menjual RM16/gram disebabkan ikan hidup.

“Ramai dalam komen tag pejabat Zakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagai. Jangan risau semua, kami adalah pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara Malaysia,” jelasnya.

Sumber: Syikin Musa

Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen Facebook dan Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *