Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan ditamatkan esok, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
Berikutan itu, beliau berkata, Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang 4,000 kes sehari.
Katanya, PKP 3.0 kekal sehingga ketiga-tiga indikator dalam Fasa pertama Pelan Pemulihan Negara dicapai.
Muhyiddin turut memaklumkan kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih menyeluruh kepada rakyat pada Isnin atau Selasa ini.
Kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih komprehensif di bawah Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa.
BANTUAN TAMBAHAN RM 500 ONE OFF
Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 b.ilion ringgit kepada 2.4 j.uta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut.
Bantuan tunai secara one-off RM 500 kepada golongan B40 yang hilang pendapatan.
Dan bayaran tambahan RM 500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM 1,000 dan ke bawah.
GOLONGAN YANG LAYAK
Golongan yang layak menerima bantuan RM 500 secara one-off adalah terdiri daripada.Individu kehilangan kerja.
Golongan rentan dan kurang upaya, penerima BPR pendapatan RM 1,000 dan ke bawah serta bantuan ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM 500
Bayaran bantuan tambahan dan one-off RM 500 akan dibayar ke akaun penerima masing-masing pada mulai Jun 2021.
PERMOHONAN TAMBAHAN RM 500
Untuk makluman anda, bantuan RM 500 secara one-off ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PEKRESO.
Untuk individu berstatus b.ankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan.
Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir k.es mereka.
Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan one-off ini akan menyusul sekiranya terdapat makluman terbaru.
Bantuan Secara Menyeluruh
Sepanjang krisis Cvid-19, kerajaan terus menyalurkan bantuan tunai secara langsung kepada golongan terjejas.
Ianya membabitkan peruntukan sejumlah RM16.7 bilion untuk keseluruhan tahun ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, baki peruntukkan bantuan untuk diberi kepada rakyat sehingga akhir Disember tahun ini adalah RM8.1 bilion.
Beliau berkata, pelbagai bantuan dalam proses pelaksanaan termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) RM4.5 bilion serta Bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1.25 bilion.
“Alhamdulillah inisiatif baharu kerajaan mendapat sambutan baik.
Contohnya Jaringan Prihatin yang dilancarkan Mei lalu di mana setakat ini RM1.75 bilion diluluskan termasuk lebih 500,000 orang mendapat telefon pintar baharu.
Di samping itu program e-Belia dilancarkan pada Jun sudah memanfaatkan 1.9 juta belia,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan kelangsungan perniagaan ketika berdepan Covid-19 menerusi inisiatif untuk sektor perniagaan.
Menurutnya, kerajaan memberi bantuan tunai kepada sektor perniagaan bagi tahun 2021 dengan jumlah diperuntukkan RM14.1 bilion.
“Bantuan ini belum berakhir. Sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan terima Geran Khas Prihatin (GKP) pada hujung Jun dan Julai.
Jun ini akan menerima RM1,000 dan Julai ini akan menerima RM500.
Selain itu untuk peruntukan subsidi upah masih ada baki RM6 bilion untuk disalurkan kerajaan untuk menjamin bayaran gaji kepada 2.7 juta pekerja.
Dengan kata lain, kerajaan menampung dan membayar gaji rakyat yang terkesan seramai 2.7 juta pekerja, kerajaan secara langsung menolong dengan membayar gaji kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata, selaras dengan pembukaan secara beransur-ansur ekonomi maka tumpuan diberi kepada program pinjaman mikro untuk PKS memulakan semula perniagaan.
Ramai tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai akan dikre.ditkan ke akaun bank masing-masing.
Peniaga Akan Dibantu Sepenuhnya
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau akan mengumumkan perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19.
Mereka akan menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.
“Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan?
Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),”
Katanya epada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak COVID-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.
“Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada.
Tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,”
Katanya sambil membayangkan kemungkinan akan terdapat peningkatan dalam bantuan yang akan diberikan itu.
BPR PEMERKASA Plus
Seperti mana yang diketahui umum, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).
Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus.
Ini untuk membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan.
Menerusi PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang disasarkan iaitu:
- Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Kelangsungan Perniagaan
- Di dalam matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak.
Tarikh Pembayaran
Setakat ini, pihak kerajaan memaklumkan bahawa pembayaran BPR Tambahan akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021.
Jumlah Pembayaran
Jumlah pembayaran yang ditetapkan bagi BPR Tambahan adalah seperti berikut:
- Jumlah Bayaran Kategori/Pendapatan Bulanan
- RM500 Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
- RM300 Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000
- RM100 Individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas
dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah - RM100 Individu bujang berumur 59 tahun dan ke
bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah
Permohonan Baharu
Untuk makluman, tiada permohonan baharu dibuka bagi BPR Tambahan ini.
Ini kerana, penerima atau pemohon yang lulus BPR 2021 secara automatik layak menerima BPR ini yang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima.
Bagi penerima BPR Fasa 2 yang berstatus gagal kredit pula, pembayaran BPR Tambahan adalah secara tunai di kaunter BSN.
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan status BPR, orang ramai diminta mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://bpr.hasil.gov.my pada penghujung Jun 2021.
- Klik bahagian ‘Log Masuk.’
- Isikan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
- Klik bahagian semakan status.
- Keputusan status dipaparkan.
- Permohonan Rayuan
- Bagi pemohon yang telah membuat permohonan dengan status tidak lulus, mereka masih lagi boleh menerima
- BPR Tambahan dengan syarat membuat rayuan.
Permohonan bagi rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.
Jika permohonan rayuan diterima, pemohon akan menerima jumlah BPR 2021 berserta amaun BPR Tambahan.
Pertanyaan Lanjut
Dalam PEMERKASA Plus yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini, pakej Bantuan Prihatin Rakyat BPR Tambahan telah diperkenalkan.
Untuk maklumat BPR Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Jun ini. Mereka yang tidak lulus boleh buat Rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara tunai di kaunter BSN.
Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Kanak-kanak JKM untuk golongan B40.
FAQ & Soalan Lazim
Berapakah BPR tambahan untuk orang bujang? Orang bujang yang berkelayakan akan dapat RM100.
Bagaimanakah cara permohonan BPR tambahan ini? BPR tambahan tidak perlu buat permohonan baru. Ini kerana mereka yang layak menerima BPR sebelum ini, secara automatik akan dapat bantuan tambahan ini.
Berapakah BPR Tambahan untuk isi rumah? Keluarga yang berkelayakan akan dapat RM300 – RM500 tambahan.
Bilakah pembayaran BPR Tambahan? BPR Tambahan akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak.
Sila rujuk website ini untuk maklumat lebih lanjut.
PM Dijangka Umum Pakej Bantuan C0vid Dalam Skala Besar
Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, yang memberitahu perkara itu tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.
“Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara ini,” katanya memetik laporan The Star.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi c0vv Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NC CIM) yang diadakan secara maya pada Khamis.
Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pan demik C0v.
Pada 31 Mei, Muhyiddin mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh.
Sebelum ini, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion.
Meskipun selepas 3 minggu Printah KawaIan Pergerakan (P KP) 3.0 dilaksanakan, kes harian masih 4 angka dan tidak menunjukkan penurunan yang banyak.
Makin membimbangkan lagi apabila Ketua Pngarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes C0v yang dirawat di Unit Rawatan Rapi terus meningkat.
Ia sekali gus membuatkan kadar penggunaan katil untuk merawaat pes akit C0v melebihi 100 peratus.
Terbaru, H0spital Ampang dilaporkan telah diubah menjadi h0spital khusus C0v berkuat kuasa semalam, 23 Jun dan menjadikan ia h0spital C0v penuh yang kedua di Selangor selepas H0spital Sungai Buloh.
Menurut Malaysiakini, Jabatan Kesih atan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menukar status h0spital itu daripada H0spital Hybrid C0v kepada H0spital C0v bermula serta merta semalam.
Pengarah Kesihatan Selangor Sha’ari Ngadiman berkata, “Keputusan ini diambil berikutan peningkatan k3s harian c0v yang tinggi terutamanya yang melibatkan pes akit kategori 3 dan ke atas secara berterusan di Z0n Wilayah Tengah.”
Jumlah k3s harian yang tinggi di Selangor menyebabkan purata penggunaan katil h0spital sedia ada melebihi tahap maksimum.
Keadaan itu turut menyebabkan pusat kuarantin berisiko rendah MAE PS sukar untuk merujuk pes akit yang memerlukan rawaatan di h0spital.
Dengan penukaran status H0spital Ampang itu, kini semua rujukan pesa akit bukan C0v dari kemudahan lain ke h0spital berkenaan harus dihentikan buat sementara waktu.
Sebelum ini, H0spital Sungai Buloh terlebih dahulu dijadikan hospital khusus C0v utama di Selangor pada bulan Mac 2020, ketika awal penularan wab aak ini.
Sumber: HM online | astro awani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!